Apabila Pengarang dan Ilustrator Berkongsi Royalti
Apabila sesebuah buku diterbitkan, isi kandungan buku itu mungkin dimiliki oleh 2 orang ataupun lebih.
Jikalau saudara mengarang cerita untuk bacaan kanak-kanak dan remaja awal, buku saudara itu perlu ilustrasi sebab kanak-kanak dan remaja awal tidak suka membaca buku yang isinya adalah teks semata-mata.
Kejayaan buku kanak-kanak dan remaja awal amat dipengaruhi oleh kualiti ilustrasinya. Ini menyebabkan penerbit mencari pelukis ilustrasi yang baik untuk buku saudara.
Ada beberapa beberapa cara bagaimana ilustrasi dibayar:
Katakanlah yuran ilustrasi yang dibayar kepada pelukis adalah RM500, maka yuran itu dipotong daripada royalti buku saudara. Bayaran itu dipotong sekali sahaja. Cara ini lebih menguntungkan pengarang apabila buku itu dicetak berkali-kali. Kelemahan cara ini adalah lazimnya kualiti ilustrasi kurang bermutu disebabkan hanya pelukis amatur yang sanggup menerima bayaran murah.
Pelukis ilustrasi berkongsi royalti saudara. Pembahagian royalti itu adalah berdasarkan persetujuan antara pengarang dengan pelukis. Cara ini menguntungkan kedua-dua belah pihak pengarang dan pelukis disebabkan cara ini disukai oleh pelukis yang lebih profesional. Hasilnya ilustrasi buku saudara lebih bermutu dan dengan itu peluang jualan buku saudara meningkat adalah lebih baik.
Pengurus syarikat penerbitan saudara lazimnya akan memainkan peranan sebagai orang tengah yang akan memberikan nasihat pembahagian royalti antara pengarang dengan pelukis supaya pembahagian itu digemari oleh kedua-dua belah pihak.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home