Sekolah Menengah Luar Bandar Tiada Aliran Sains
Tahun 2005, kumpulan pertama pelajar-pelajar yang mengikuti mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan menduduki peperiksaan PMR.
Seorang pengetua sekolah menengah memberitahu, berdasarkan prestasi dalam ujian-ujian yang dijalankan oleh pihak sekolah sewaktu mereka di tingkatan 1, 2 dan 3, adalah diramalkan, sekolah-sekolah menengah yang terletak di kawasan luar bandar tidak akan mempunyai cukup murid yang lulus mata pelajaran matematik dan sains bagi membolehkan sekolah-sekolah itu membuka kelas tingkatan 4 aliran sains.
Daripada sudut psikologi, pelajar-pelajar yang setakat 'lulus cukup makan' dalam kedua-dua subjek itu tidak akan berani masuk tingkatan 4 aliran sains disebabkan faktor bahasa Inggeris. Jadi mereka akan masuk aliran sastera disebabkan aliran itu masih menggunakan bahasa Melayu.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home