Ditipu Penerbit (lagi)
Penerbit saudara mempunyai pelbagai cara menipu saudara:
Saudara diberitahu buku saudara dicetak 3 ribu naskhah, tetapi penerbit mencetak 5 ribu naskhah. Ini bermakna saudara tidak menerima royalti daripada 2 ribu naskhah itu.
Penerbit memberitahu buku saudara tidak laku, tetapi buku saudara diulangcetak diam-diam.
Saudara diberitahu buku saudara dijual kepada pengedar pada harga diskuan RM6 tetapi sebenarnya ia dijual pada harga RM7.
Saudara diberitahu buku return yang rosak adalah 300 naskhah, tetapi sebenarnya cuma 20 naskhah.
Penerbit menolak manuskrip saudara dengan alasan ia tidak sesuai diterbitkan, tetapi tidak lama kemudian penerbit menerbitkan bukunya sendiri yang seakan-akan manuskrip saudara.
Apabila tiba musim membayar royalti, saudara diberitahu buku saudara yang laku dijual adalah 1 ribu naskhah, tetapi jumlah yang laku adalah 2 ribu naskhah.
Penerbit mendapat kontrak membekalkan 1 ribu naskhah kepada projek kerajaan, tetapi perkara ini tidak dimaklumkan kepada saudara.
Penerbit melesenkan buku saudara diterbitkan di Indonesia oleh penerbit Indonesia dengan perubahan pada nama pengarang, tetapi saudara tidak dimaklumkan.
Jikalau penerbit hendak menipu saudara, dia mempunyai banyak cara yang membolehkan saudara tidak dapat kesan dengan mudah. Itulah sebabnya saudara mesti berhati-hati memilih penerbit.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home