Wajah Penulis di Kulit Buku
Seorang profesor mahu supaya wajahnya dicetak pada kulit bukunya dengan alasan, “Ramai orang sudah kenal saya.”
Edward de Bono sudah menerbitkan 48 judul buku tentang Lateral Thinking dan sudah kaya-raya. Begitu kaya sehingga dia mampu membeli castle lama lalu ditukar menjadi kediaman rasminya.
Begitu terkenal namanya, tetapi gambarnya tidak pernah dijadikan sebahagian daripada wajah kulit buku-bukunya.
Kulit buku adalah sekeping kertas iklan yang digunakan oleh penerbit bagi menjual apa yang ada dalam buku. Oleh itu penerbit sangat berhati-hati memilih imej-imej yang dapat menjual buku.
Hujah: “Ramai orang sudah kenal saya.” tidak dapat dijadikan jaminan buku itu dapat dijual berpuluh-puluh ribu naskhah. Antara alasannya:
Buku itu bukan hendak dijual kepada orang-orang yang mengenali pengarang sahaja.
Pembeli buku tidak membeli buku berdasarkan alasan dia kenal pengarangnya.
Wajah pengarang mungkin mencipta kesan negatif ke atas persepsi bakal pembeli.
Dalam dunia fesyen, model lelaki yang memperagakan pakaian di atas pentas dan dalam iklan tidak boleh lebih tua daripada 24 tahun meskipun pembeli sasaran pakaian itu adalah lelaki-lelaki yang lebih tua usianya.
Dalam dunia make-up, L'oreal pernah menggunakan wajah wanita 27 tahun bagi mengiklankan barangan penjagaan kulit untuk pembeli sasaran 30 tahun ke atas, hasilnya barangan itu tidak laku.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home