Langkah Pertama Mengedarkan Buku
Apabila saudara hendak menjadi penerbit buku, saudara mempunyai dua pilihan:
Menyerahkan buku saudara kepada pengedar tunggal.
Mengedarkan sendiri buku-buku saudara.
Apabila saudara merancang hendak menyerahkan buku-buku saudara kepada pengedar tunggal, implikasinya banyak. Kita tidak menggalakkan saudara menggunakan pengedar tunggal, tetapi jika saudara mengambil keputusan sebaliknya, ada beberapa panduan yang saudara elok lakukan. Pertama saudara jangan terbit buku sebelum berunding dengan pengedar tunggal itu beberapa perkara:
Rundingkan dahulu terma-terma bisnes antara saudara dengan pengedar itu. Yang paling penting adalah struktur diskaun.
Maklumkan kepada pengedar buku-buku jenis apa yang saudara akan terbitkan dan tanya pendapatnya sama ada buku saudara itu ada pasarannya. Para pengedar amat tahu pasaran buku tempatan.
Tanya dahulu berapa jumlah naskhah yang pengedar itu sanggup ambil. Jangan cetak lebih banyak daripada jumlah itu.
Jangan berunding dengan satu pengedar sahaja. Berunding dengan beberapa pengedar dan buat perbandingan. Pilih pengedar yang dapat saudara percayai.
Siasat etika bisnes pengedar-pengedar itu supaya saudara tidak terpilih pengedar yang menyebabkan bisnes saudara mengalami pelbagai masalah, terutama dalam isu bayaran. Maklumat ini mudah diperoleh daripada para penerbit.
Pengedar yang paling besar belum tentu paling sesuai mengedarkan buku saudara. Setiap pengedar mempunyai kekuatan masing-masing dalam bidang masing-masing. Jika saudara menerbitkan buku bacaan umum, jangan lantik pengedar yang kuat dalam bidang buku-buku sekolah dan begitu juga sebaliknya.
Lazimnya orang yang suka melantik pengedar tunggal adalah penulis yang menerbitkan karyanya sendiri, suatu hal yang mudah difahami mengapa mereka berbuat begitu.
Elok saudara tahu bahawa tidak ada penulis yang menerbitkan karya sendiri, kemudian menyerahkan bukunya kepada pengedar tunggal, yang akhirnya berjaya menikmati kemakmuran hasil daripada daya usahanya itu.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home