Thursday, December 15, 2005

Cerita Lawan Teknik Penulisan

Kursus-kursus penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan persatuan-persatuan penulis amat condong kepada mengajar para peserta tentang teknik-teknik penulisan.

Jika saudara mengikuti kursus penulisan kreatif anjuran PTS, saudara akan dapati PTS tidak menekankan teknik-teknik penulisan. Sebaliknya PTS menekankan dua perkara:


1. Proses mencipta cerita


2. Isi kandungan cerita


Dalam kursus PTS, perkara yang menjadi isu besar adalah 'cerita' (story). Jadi kita bertanya 'Apa ceritanya?'. Kita berpandangan, cerita adalah lebih penting daripada teknik penulisan. Oleh sebab itu PTS mementingkan latihan mencipta cerita.


Adakah saudara mempunyai cerita yang menarik? Hantarkan sinopsis cerita saudara kepada kita. Apabila kita berminat dengan cerita itu, kita akan panggil saudara mengikuti kursus PTS di mana saudara akan dilatih menuliskan karya kreatif saudara menggunakan teknik-teknik dalam surah Yusuf.



10 Komen :

At 2:13 PM, Blogger Zaid Akhtar Berkata ...

Sdr Ainon, saya sgt berminat utk menyertai kursus2 anjuran PTS. Tp entah bila. Belum ada kesempatan. Insya Allah.

 
At 7:59 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Zaid,

Nama saudara sungguh indah. Adakah sdr perempuan?

 
At 9:06 AM, Blogger zaidakhtar Berkata ...

Terima kasih krn memuji nama saya. Zaid utk laki2. :-)) Zeti utk perempuan.

 
At 8:18 PM, Blogger Panaharjuna Berkata ...

Zaid, aku menunggu kau hari tu, apasal tak datang ?. Last jumpa masa kat dbpkan ?. amenda la geng. okeh jumpa lagi nanti !

 
At 10:16 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Ooo... Sdr Zaidakhtar dan Sdr Panaharjuna member rupanya!

 
At 8:04 AM, Blogger zaidakhtar Berkata ...

Ya Allah, Zafran "Imam Rock".
Apasal tak kontek aku lps hari tu?
Aku gembira kau dah kembali menulis.

zaid.

 
At 9:26 PM, Blogger ICeSoul Berkata ...

Pn. Ainon, skang ni mcm dah terlekat di rantau orang. mungkin terpaksa berkarya+belajar ala PJJ. salam dari jauh..

 
At 10:31 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Icesoul,
Baguslah sdr berada di rantau orang, banyak bahan cerita pengalaman di sana dapat dijadikan buku!

 
At 11:34 AM, Blogger Latifah Berkata ...

Puan Ainon, saya dah lama tak masuk blog ni. tapi saya tertarik dgn idea "Cerita Lawan Teknik Penulisan" Bagi saya, tukang ceritalah yang akan menang kalau dibandingkan dengan yg pandai menulis. Mungkin bahasa cantik, berbunga-bunga, tapi cerita tak menarik. Gaya bercerita itulah yang penting, tak kira apa jenis buku sekalipun. Tenik menulis boleh kita belajar, tapi cara nak bercerita tu, kalau tak pandai memang payah!

 
At 1:33 AM, Blogger Sufian Berkata ...

Cerita tu rasanya overrated. Berapa banyak sangat model cerita yang ada dalam dunia ni?

Bagi saya, teknik lebih penting. Cerita yang mediocre boleh dihidupkan dengan teknik yang segar. Teknik yang lemah tak boleh menghidupkan cerita bagaimana baikpun ia.

Seperti kata Schklovsky (dan Eliot) sastera/seni itu defamiliarization, yakni menggambarkan yang luar biasa dari apa yang biasa.

 

Post a Comment

<< Home