Thursday, December 08, 2005

Dicari: Penulis "Story-board"

PTS FORTUNA mencari sesiapa yang mempunyai kemahiran menulis story-board bagi buku-buku terbitannya untuk diterbitkan semula dalam edisi komik.

Bagi saudara yang belum biasa dengan profesion ini, kerja-kerja penulisan story-board adalah seperti berikut:

1. Membaca dengan teliti dan betul-betul memahami cerita yang sudah siap ditulis oleh pengarang.

2. Memilih adegan-adegan dalam cerita itu yang hendak dimasukkan ke dalam komik.

3. Menuliskan dialog-dialog yang akan dikomikkan.

4. Melukiskan aksi-aksi menggunakan lakaran kasar sahaja bagi setiap frame, cukup dengan menggunakan lukisan batang mancis.

Bakat-bakat utama yang perlu dimilikki oleh seseorang penulis story-board adalah pertama, kepintaran berfikir secara visual dan berlakon secara mental. Kedua, bakat mencipta pergerakan yang perlu diterjemahkan ke dalam lukisan oleh pekomik.





6 Komen :

At 3:51 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Hah? Lawyer pandai tulis novel dan lukis komik jugak? Ini kombinasi bakat yang jarang dijumpai! Adoi bestnya!

 
At 3:39 PM, Blogger Abu Irfan Berkata ...

saya minat menghasilkan storyboard. selalu juga saya imaginasikan karya2 saya dalam bentuk kartun. tapi, saya tidak mempunyai bakat melukis.

bolehkah menjadi storyboarder dgn kekurangan tersebut?

 
At 8:57 AM, Blogger sinaganaga Berkata ...

Kak Ainon,
Saya macam berminat.

 
At 1:49 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Puan Latifah,
Buat masa ini rancangan PTS adalah mengkomikkan buku-buku terbitan PTS. Dengan cara ini penulis buku-buku PTS itu dapat menikmati sumber royalti tambahan iaitu daripada edisi komiknya juga.

 
At 9:12 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Assalammu'alaikum wr.wb, Apakah pengumuman ini masih terbuka? Saya dari Indonesia, penulis freelance. I have several experiences as comic scriptwriter. Please visit my blog to find out more about my specification.

 
At 6:01 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

ide yang bagus&menarik..
dari dulu memang banyak orang yang tertarik untuk mencoba membuat komik(bahkan saya sendiri ingin membuat komik sejak saya berusia 12 tahun),tetapi kebanyakan dari mereka, sangat bingung untuk mencari tempat di mana mereka bisa berkreasi. dan kini, anda telah memberikan salah satu solusinya&
saya rasa dengan di buka nya kegiatan seperti ini. anda akan segera berhasil.
good luck..
:)

 

Post a Comment

<< Home