Wednesday, February 08, 2006

Iklan Awal: Bengkel Komik dan Skrip Filem

Perhatian! Perhatian!

Bagi membolehkan saudara mencipta Harta Intelek yang bernilai tinggi, apabila saudara menulis novel saudara, pastikan novel itu mudah dikomikkan dan dijadikan skrip filem.

Dengan bantuan dan inisiatif sahabat seperjuangan kita, Sdr. jOnOs, Akademi Penerbitan PTS akan mengadakan 2 buah bengkel. Satu bengkel komik yang dipimpin oleh En. Zunar, satu lagi bengkel skrip filem yang dipimpin oleh En. Hassan Mutalib.

Tarikh akan ditetapkan nanti. Sedikit yuran akan dikenakan untuk saguhati kedua-dua pembimbing, sebagai tanda kita semua menghargai tunjuk ajar mereka.

Mudah-mudahan berkat ilmu yang mereka berikan itu novel-novel Islami saudara berjaya terbit dalam 3 media. Ini baru Harta Karun!



3 Komen :

At 1:00 AM, Blogger SaudagarMimpi Berkata ...

Mimpi akan menjadi nyata....

 
At 8:44 AM, Blogger Perkasa Alam - Satu Kesinambungan Berkata ...

Menarik sekali, cepatnya sdr Jonos mengambil tindakan menghubungi sdr Zunar dan Pak Hassan Mutalib yang arif dalam bidang mereka. Rugi kalau tidak dapat menyertainya.

 
At 9:51 AM, Blogger Oraet.com Berkata ...

sokong..sokong.. 2 org otai dlm bidang masing2.. sy pernah ikut bengkel oleh mrk.. ilmu yg diperolehi mmg karun..

bagus Jonos + PTS..

 

Post a Comment

<< Home