Perempuan Nombor Dua
Perempuan adalah salah satu unsur keindahan dalam novel Islami. Ertinya, karya yang tidak mengemukakan perempuan dalam barisan watak-watak utamanya tidak akan mencapai kualiti yang lebih indah.
Jadi, demi keindahan karya, watak perempuan perlu ada, dan perlu diberikan peranan penting, barulah sesuatu kisah itu menjadi indah. Justeru, ketiadaan watak perempuan adalah unsur kecacatan dalam teori novel Islami.
Berdasarkan teori sastera Islami mazhab surah Yusuf, dalam sebuah kisah yang indah, kedudukan perempuan adalah sebagai watak pembantu utama, bukan sebagai watak utama. Ini adalah berdasarkan kedudukan Zulaikha dalam kisah Nabi Yusuf.
Dengan menganalisis peranan watak Zulaikha, unsur meletakkan watak perempuan sebagai watak utama adalah unsur kecacatan pada keindahan cerita. Sudut pandang ini tentu sekali tidak dapat diterima oleh gerakan pembebasan wanita!
Apakah kelebihannya apabila lelaki menjadi watak utama?
1. Cerita di mana lelaki menjadi heronya dapat digemari oleh pembaca lelaki dan perempuan, dengan itu pasarannya lebih besar, dan daya pengaruhnya juga lebih meluas.
2. Cerita di mana heronya adalah perempuan hanya digemari oleh perempuan, dengan itu pasarannya lebih kecil, dan wilayah pengaruhnya lebih sempit.
Di sini timbul isu, bagaimana jikalau novel itu memang kisah seorang perempuan? Bagaimanakah cara menuliskannya tanpa menjadikan perempuan sebagai watak utama? Dalam surah Yusuf, kisah Zulaikha menjadi sebahagian daripada kisah Nabi Yusuf. Tuhanlah yang lebih tahu.

2 Komen :
Adakah kebanyakan novel cinta di pasaran misalnya berherokan lelaki? Rasanya perempuan lebih suka baca kisah org perempuan. Mereka yg lebih byk beli novel berbanding lelaki.
Sdr Zaid, kita menganalisis surah Yusuf. Jika novel-novel di pasaran sekarang tidak ikut surah Yusuf, itu isu lain.
Bilakah saudara akan menulis untuk PTS? Kita tertunggu-tunggu kehadiran saudara dalam senarai kerabat kami!
Post a Comment
<< Home