Tuesday, April 04, 2006

Duit, Duit, Duit: Duit Buat Buku Melayu

Antara gosip pesta buku PBAKL yang kita dengar, sebuah penerbit mengutip RM135 ribu pada hari Sabtu yang penuh sesak itu! Jumlah kutipannya selama 10 hari pesta melebihi RM500 ribu.

Jangan kita katakan wang setengah juta itu digunakan bagi membeli bahan-bahan bacaan ringan, tidak bermutu, ataupun sampah. Tuduhan begini lazimnya dilontarkan oleh kita yang membeli dan membaca buku-buku berat bahasa, dan berat isinya.

Pandang begini: Mereka yang mengeluarkan wang itu, meskipun masih muda-muda belaka, sudah mempunyai tabiat positif, yakni tidak sayang hilang duit bagi ditukar dengan buku-buku Melayu.

Sekarang kita fikir begini: Mari kita tulis dan terbitkan buku-buku yang bermutu dan kita tawarkan kepada mereka bahan-bahan bacaan yang lebih tinggi mutu isi dan bahasanya.

Kita pandai mengkritik mereka yang membeli dan menggemari buku-buku yang kita labelkan sebagai sastera picisan, tetapi mana dia buku-buku yang bukan picisan itu?



.

5 Komen :

At 11:23 PM, Blogger Fakrul Berkata ...

Saya sokong puan! Jangan merungut-rungut. Buat sahaja buku-buku yang baik, tapi yang boleh dibaca oleh orang ramai. Kalau buat buku yang payah mahu difaham...memang payah mahu dijual. Kita sudah nampak satu 'trend' yang baik....apa lagi? Penulis2...silakan. Tahun depan kita mahu lihat lebih banyak buku Melayu yang bermutu terjual di Pesta Buku.

 
At 8:16 AM, Blogger alifin Berkata ...

Antara badan kerajaan yang nampak bersungguh-sungguh menggunakan pendekatan mutakhir pemasaran termasuk 'branding' ialah RTM.

Mereka sudah menang di beberapa padang permainan. RMKL sudah ada 'niche' yang radio swasta tak boleh lawan. Tabik.

Orang2 industri buku lain kena baca buku-buku pemasaran dan hadiri seminar pakar2 pemasaran dan bisnes yang ada datang buat 'talk' di KL. Ilmu dan amal.

Cerita rakyat Malaysia baca setahun dua halaman buku atau dua buah buku dah tak boleh dipakai. Tolonggggggglah. Statistik itu dah lapuk. Ia akan melesukan semangat penulis yang tak tahu menahu tentang rancaknya industri buku.

Para penerbit kenalah buang tongkat. Para penulis pula, seperti kata Fakrul, jangan merungut-rungut.

 
At 9:36 AM, Blogger lutfi Berkata ...

as;kum.
sekadar bertanya, pts tak terbitkan antologi cerpen? dan tak terbitkan buku-buku terjemahan falsafah dan intelektual islam klasik dan moden?

 
At 12:26 PM, Blogger Jiwa Rasa Berkata ...

Puan Ainon,

Kalau betul cerita itu, ini sudah berita baik untuk industri buku...
Tak kisahlah kalau yang dibeli itu karya ringan. Mungkin sebagai permulaan. Saya dulupun mula belajar membaca dengan komik.

Bila sudah ramai yang membaca, perbit akan terbitkan buku dnegna lebih namayk pilihan dan variasi. Harga buku juga sudah tentu akan jadi lebih berpatutan, ikut teori demand & supply.

 
At 10:56 AM, Blogger ibnurabi Berkata ...

dulu sampah terus buang, sekarang dalam sampah ada wang..duit.. barang yang boleh diguna semula. untuk renungan sahaja.

 

Post a Comment

<< Home