Monday, April 10, 2006

Pekata dan Dialog dalam Surah Yusuf

Surah Yusuf terdiri daripada 111 ayat. Daripada jumlah itu 86 buah ayat adalah ayat yang mengandungi dialog.


Salah satu ciri yang menarik pada surah Yusuf adalah teknik penulisan dialog yang meletakkan pekata di depan dialog sahaja.


Istilah 'pekata' merujuk kepada watak yang berkata. Sebagai contoh dalam ayat dialog “Apa khabar?” kata Mamat. Mamat adalah pekata. Dalam surah Yusuf, semua pekata disebutkan sebelum dialog seperti contoh-contoh berikut:


a. Lalu dia (Zulaikha) berkata kepada Yusuf, “Keluarlah! Temui perempuan-perempuan itu.” (Yusuf, ayat 31)

b. Mereka berkata, “Maha suci Allah, dia bukan manusia. Tidak lain, dia malaikat yang mulia.” (Yusuf, ayat 31)

c. (Zulaikha) berkata lagi, “Tidak ada lain, kecuali dia dipenjarakan ataupun disiksa dengan siksaan yang pedih.”

d. (Al-Aziz) berkata kepada (Zulaika), “Ini semua tipu daya kamu! Sesungguhnya tipu daya kamu itu amat berbahaya.”

e. Berkata Yusuf, “Dialah yang mengajak saya.” (Yusuf, ayat 26)


Dalam surah Yusuf, tidak terdapat teknik penulisan dialog yang meletakkan pekata selepas dialog seperti dalam contoh-contoh berikut:


a. “Berapa hari kamu akan pergi?” tanya Kamaruddin.

b. “Tiga bulan,” jawab Jamal.

c. “Sejak pelayaran Bahtera Sejahtera, sudah dua pekan, kami tidak bertegur sapa,” Pak Munsyi mereka-reka cerita.

d. “Mungkin mereka sibuk dengan urusan lain, kita tidak harus berburuk sangka,” ulas Imam Sufaat. “Tetapi, lain pula apa yang hamba dengar,” katanya lagi.


Mengapa Tuhan sentiasa meletakkan pekata di depan dialog, hanya Tuhanlah yang lebih mengetahui.


Nota:
Kita mencari penulis yang dapat menghasilkan karya menggunakan teknik ini sepenuhnya.




1 Komen :

At 11:08 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan,Tuhan tidak meletakkan pekata di depan dialog..manusia yg menterjemahkan begitu.Dalam Bahasa Arab 'doer' tersembunyi dlm 'verb'. Dengan verb kita mengetahui siapa doer nya,tanpa memerlukan pekata. Boleh juga doer nya disebut, dan kedudukan doer(jika disebbut) sebelum atau selepas verb menunjukkan apa peranan doer itu dalam struktur ayat. barangkali ust hasrizal dpt menjelaskan hikmahnya..ws

 

Post a Comment

<< Home