Pasaran Buku Melayu di Singapura: Update
Dalam pesta buku PBAKL lalu, seorang wakil daripada pengedar buku terbesar di Singapura, PMS Ltd, Mr. Samy, datang ke booth PTS bagi mencari peluang bisnes baru bagi pihak syarikatnya.
Kita sempat bertukar-tukar maklumat dengan beliau. Berikut adalah beberapa maklumat yang kami kongsi:
PMS membekalkan buku-buku ke kedai-kedai buku superstore di seluruh Singapura. Menurut Mr. Samy, beliau percaya permintaan untuk judul-judul Melayu ada di Singapura, tetapi tidaklah besar.
Menurut Mr. Samy lagi, superstore tidak meminta judul-judul Melayu disebabkan tidak ada permintaan. Tetapi beliau yakin, permintaan tidak ada disebabkan buku-buku Melayu tidak ada dalam superstore di sana. Ini kes ayam dengan telur.
Sampai saat ini buku-buku Melayu tidak masuk ke superstore buku di Singapura disebabkan pembekal superstore tidak berminat membekalkan buku-buku Melayu.
Pembekal superstore tidak berminat disebabkan mereka tidak tahu perkembangan terakhir buku-buku Melayu kerana kakitangannya tidak ada yang Melayu.
Sampai hari ini, kuantiti buku-buku Melayu Malaysia yang masuk ke Singapura amat kecil, kerana buku-buku itu diimpot oleh satu dua agen Melayu dan Mamak yang kecil, yang beroperasi dari rumah. Mereka membekalkan buku Melayu ke dua tiga kedai-kedai buku kecil sahaja. Agen-agen kecil itu tidak membekalkan buku-buku ke superstore.
Mr. Samy berminat meneroka pasaran buku-buku Melayu di superstore buku negara itu apabila beliau nampak dengan mata kepalanya sendiri bagaimana larisnya buku-buku Melayu dalam pesta buku itu. Beliau memohon menjadi pengedar tunggal buku-buku PTS bagi Singapura dan Brunei.
1 Komen :
Harap-harap ada kerjasama yang baik antara En Samy dan PTS, kejayaan PTS memasuki perpustakaan sekolah di Singapura melalui Bibliografi Muhammad B Abdullah jadi pendorong yang besar. Tambahan lagi, saya percaya meskipun masyarakat Melayu disana berbahasa Inggeris, fitrah melayunya tetap ada dalam jiwa...Sejauh mana penerimaan bukan melayu untuk buku-buku PTS Puan? Dan satu lagi tentang Pustaka Nasional Singapura, tidakkah ada kerjasama dengan pihak di sana...
Post a Comment
<< Home