Percakapan dengan Azizi Hj. Abdullah
Dalam sidang pra-kongres di Pulau Pinang kelmarin, kita bercakap-cakap dengan sasterawan Azizi Hj. Abdullah. Lebih kurang begini jalan perbualan itu:
“Apa buat sekarang?” beliau bertanya selepas lama kami tidak berjumpa.
“Saya sedang membangunkan angkatan penulis novel Islami yang menggunakan surah Yusuf sebagai panduan.”
Beliau memandang tepat ke dalam mata saya. Bibirnya terkatup rapat.
Karya-karya Azizi Hj Abdullah, bersama nama-nama lain seperti Kemala, Shafie Abu Bakar, Shahnon Ahmad, Mohd. Affandi Hassan, Ali Hj. Ahmad dan S. Othman Kelantan umumnya diterima sebagai Islamik oleh pengkritik sastera Islami tanah air.
“PTS akan mula menerbitkan novel-novel Islami aliran surah Yusuf mulai Jun, insyaAllah,” kata saya.
“Tidakkah itu menyempitkan? Kalau semuanya mesti ikut surah Yusuf, bukankah itu akan menyekat perkembangan sastera?” beliau bertanya.
Saya katakan, “Objektif PTS bukan mahu menyempitkan ataupun mengembangkan sastera. Objektif PTS adalah melahirkan novel-novel Islami yang menerapkan teknik-teknik yang digunakan dalam surah Yusuf.”
0 Komen :
Post a Comment
<< Home