Thursday, April 06, 2006

Tingkah Laku Pembeli Buku Melayu

Di kalangan orang Melayu yang menjadi pembeli buku-buku Inggeris, mereka membayar harga buku yang dibeli tanpa rasa marah ataupun kecewa meskipun harga buku-buku Inggeris mahal-mahal.


Tingkah laku seperti di bawah mungkin tidak pernah berlaku di kalangan pembeli buku-buku Inggeris.


Seorang ibu dan anak lelakinya datang ke booth PTS. Anak lelakinya memilih buku-buku yang diminatinya.


RM68.80 sen,” kata gadis petugas mesin kashier.


80 sen pun tak boleh kurang!” kata si ibu lalu mencampakkan wang syiling 80 sen ke atas meja kaunter, disaksikan pembeli-pembeli lain yang menunggu giliran membayar.


Selepas si ibu melangkah pergi, anak lelakinya berpatah balik ke belakang.


Maaf, kak, ya! Maaf, kak, ya!” kata kanak-kanak itu, sambil menunduk-nundukkan kepalanya, kepada gadis mesin kashier yang masih terpinga-pinga.



9 Komen :

At 2:53 PM, Blogger BooK Berkata ...

budak-budak. memang camtu. memalukan mak bapak betul.

 
At 3:35 PM, Blogger Zamri Mohamad Berkata ...

Bukan anaknya, ibunya... kasihan, si anak terpaksa pergi minta maaf... budiman sungguh...

 
At 7:14 PM, Blogger Hidayah Berkata ...

ada sebahagian ibubapa yang sangat berkira dengan pembelian buku anak2. Tetapi tidak berkira untuk membeli barangan lain.

Barangkali kewangan mereka agak meruncing. Justeru, ibubapa harus tahu, bila kedai2 buku ada buat jualan mega @ beri diskaun, baru le beli secara borong;).

Err.. adakah kenaikan harga minyak juga membuatkan ibubapa semakin berkira2 @ kedekut untuk membeli buku utk anak2? mungkin!

 
At 8:07 PM, Blogger Romantis Selatan Berkata ...

anaknya sungguh berbudi bahasa... ibunya... mungkin ada masalah peribadi atau kewangan sebelumnya...

 
At 11:02 PM, Blogger Amin Ahmad Berkata ...

Terima kasih kerana datang berkunjung ke blog saya. Tak sangka pula Prof. Ainon sudi menjengok blog anak muda yang masih cetek pengalaman seperti saya.

Saya suka sekali membaca sebilangan buku terbitan PTS dan sangat berbangga adanya kelompok umat Islam berketurunan Melayu seperti saya yang punya upaya sebegitu.

Entry-entry di blog saya untuk saya hanyalah usaha kecil yang tidak sebanding dengan pemikir-pemikir besar dalam masyarakat apatah lagi tamadun dunia. Cuma saya berasa punya sedikit tanggungjawab menjernihkan hubungan Islam dan Barat atas pelbagai alasan yang sebahagiannya saya gariskan dalam banyak entry di blog saya.

Saya masih baru, jika punya teguran sudilah bila-bila masa untuk menegur malah mengkritik.
Moga dengan itu umat ini akan dikurnia kebaikan yang banyak oleh Ilahi.

Amin Ahmad
mantan NYDP MPPUPM sesi 2004/2005
012-4667658
tumpangmuda@blogspot.com

 
At 2:34 AM, Blogger me,myself n all around da world Berkata ...

dia beli buku ape???
mungkin buku melayu xstandard kot...buku inggeris lg standard,so segan la nak mintak diskaun/potongan harga....

tp nasib baik la ader gak org nak beli buku melayu drpd xde, takut jd cam surat khabar lak nanti....

best ke buku2 melayu???buat apa beli buku bahasa melayu...bley pergi jauh ke bahasa melayu ni.....

hint..hint....

 
At 7:43 AM, Blogger Unknown Berkata ...

manisnya budi bahasa....

 
At 11:22 AM, Blogger dhuat79 Berkata ...

bahasa melambangkan bangsa
akhlak melambangkan iman

 
At 2:38 PM, Blogger cik puan daun Berkata ...

Kesian si anak.

 

Post a Comment

<< Home