Monday, July 31, 2006

Dari Dapur KRU Production

Ini ada berita baik bagi saudara yang berminat menulis dan membaca buku-buku seram, cerita-cerita hantu, misteri dan aksi tendang terajang.


KRU akan masuk secara serius ke dalam penerbitan buku-buku genre tersebut bagi memeriahkan lagi dunia buku dan bacaan dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak menjadi pengarang terkenal genre ini, hubungi KRU!


KRU mempunyai goodwill yang baik dengan artis-artis jelita dan tampan yang mempunyai ramai peminat. KRU yakin, dengan menggunakan nama-nama artis pujaan ramai pada buku-buku yang mereka terbitkan, buku-buku terbitannya dapat dijual kepada peminat masing-masing artis.


Jurucakap KRU memberitahu buku-buku terbitan KRU Production adalah jenis popular iaitu buku-buku horror, fantasi, thriller, action-packed dan misteri dengan strategi pemasaran yang belum pernah dibuat oleh mana-mana penerbit, yakni dengan menggandingkan buku-buku terbitannya dengan nama-nama artis-artis selebriti Malaysia.


Sebagai contoh, buku “Badang” adalah buku teen-action yang digandingkan dengan nama Adam AF2. Sumpahan Fasha” adalah buku thriller hantu yang digandingkan dengan nama Fasha Sandha.


Dalam pembikinan adalah siri aksi thriller yang digandingkan dengan nama Erra Fazira. “Pemburu Puaka” pula adalah buku aksi seram yang digandingkan dengan nama Yusry KRU.
Masih dalam proses pembikinan adalah siri teen action thriller, action komedi dan juga buku-buku movie tie-in.



25 Komen :

At 8:52 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Jual produk kecantikan dengan menggunakan wajah artis jelita sebagai dutanya memang sudah terbukti laku, macam Olay gunakan Siti, L'oreal gunakan Camelia. Tapi jual buku hantu dengan menggunakan nama artis jelita.... emmm... kita tengok dulu, laku atau tak laku. Menarik juga eksperimen KRU ni.

 
At 9:34 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ini Fable Fox :

Uh, dia orang bayar royalti ke bayar lump sum?

Berminat juga rasa-rasanya.

Lagi satu, siapa tahu syarikat yg masih beli novel secara lump sum? (mesti RM 4000 ke atas). apa syaratnya?

Saya nak kumpul duit sambung belajar. tak ada masa nak tunggu royalti.

!!Iklan!!

HUGi 32 dah keluar.
http://hugi.scene.org
Untuk peminat IT dewasa sahaja.

 
At 8:26 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya rasa buku2 KRU boleh laku sebab orang2 yang minat artis2 cantik dan lawa memang jenis yg suka buku-buku sampah macam itu, yg khurafat, yg syirik. Mereka tak baca buku2 macam buku2 PTS yg berkualiti isinya.

 
At 8:39 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Sdr Fable Fox (musang jadi2an?)

Saudara nak sambung belajar, bagus tu! Tapi janganlah belajar guna duit hasil tulis buku cerita2 khurafat!! Tak berkat ilmu tu nanti....

 
At 9:07 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ada kaitankah dengan pameran hantu yang heboh2 itu?

Elok bebenorlah tu. Satu pihak berusaha bermati-matian kempen orang supaya takutkan Tuhan.

Satu pihak lagi kerahkan tenaga supaya orang takutkan hantu percaya tahyul.

Bakpolah orang Melayu nih. Nak guna artis buatlah cerita fiksyen sains ka, apa ka, cerita yang boleh mengembangkan minda.

Sakit sungguh!

 
At 9:55 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya pun sakit hati sungguh mengenangkan tak habis2 dengan cerita orang Melayu juga yang merosakkan minda orang Melayu.

Kepada para penulis, gunakanlah bakat yang Allah berikan itu untuk mencari keredhaanNya, bukan mencari kemurkaanNya!

Jangan fikir apa yang ditulis itu tidak akan menjerumuskan anda ke dalam api neraka! Insaflah sebelum terlambat!

 
At 12:21 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

kesian penulis Ros oktober ... kerana menulis cerita tentang cinta remaja yg kontrovrsi, akan terjerumus ke dalam api neraka... jika ikut pandangan ummu habibah la.

 
At 12:28 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Sila baca dahulu buku2 terbitan KRU sebelum memberi sebarang komen. Jgnlah jadi typical melayu yg hanya buka mulut tanpa mengetahui apa yg dikatakan.

Buku2 keluaran KRU adalah bercorak fantasi dan bukan reality. Dan tidak punyai unsur2 khurafat kecuali jika ia dibaca oleh pembaca yg terlalu cetek mindanya hingga tak boleh menilai mana satu realiti dan mana satu fantasi.

Cuba baca Budak Psikik keluaran PTS One, ia juga berbentuk fantasi tentang manusia yg boleh berkomunikasi dengan alam lain. Jadi, anda salah jika mengatakan buku2 PTS tidak menyentuh tentang benda2 tahyul dan ghaib.

terima kasih

 
At 2:42 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

salam,

Janganlah ada isu asyik nak menghentam..Baca,belek,kaji,banyakkan ilmu di dada dulu baru boleh cakap apa-apa..

Tak kiralah mana-mana buku sekalipun..Kalau buku itu tak elok pergi ke penerbitnya tegur penerbitnya..barulah masalah khurafat ke...apa ke..akan selesai.

Cakap gedebang gedebung salahkan melayu salahkan itu salahkan ini..masalah tak selesai...

 
At 3:11 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya.... orang lain tak marah2 pon!

 
At 4:08 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Demi Waktu! Sesungguhnya manusia itu dalam kesesatan, melainkan mereka yang saling nasihat-menasihati.

Kalau ada orang yang tak mahu mendengar nasihat, kita tetap berdoa mudah2an Allah bukakan pintu hatinya.

Dah tak adakah cerita2 lain yang baik untuk bacaan bangsa Melayu dan agama Islam, maka orang Melayu hendak disogokkan juga dengan lebih banyak cerita2 hantu, pontianak, penunggu, toyol, puaka, susuk, tangkal, bomoh, jampi, mentera, pawang dan dukun?

Tak cukupkah lagi dengan sampah sarap dalam majalah MASTIKA yang laku 350,000 naskhah setiap bulan? Masih nak ditambah lagi dengan filem dan novel pulak!

Wahai penulis2: Janganlah kamu berniaga sesuatu yang haram! Jangan bersekongkol dengan mereka yang terlibat dalam perniagaan haram! Gunakanlah bakat kurniaan Allah untuk menulis buku2 yang baik isinya.

 
At 6:42 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

menulis buku cerita seram, sampaikan mesej bahawa kuasa Allah s.w.t tiada tandingan.
sampaikan mesej dengan ayat-ayat suci Al-Quran kita boleh atasi pontianah,toyol,penanggal kerana mereka semua adalah syaitan.
sampaikan mesej dekatkan generasi dengan amalan ayat-ayat suci..
setidak-tidaknya pembaca buku-buku begitu dapat mengubah diri mereka dari kurang beramal kepada yang benar kembali kepada yang benar!
jangan sempitkan minda,buat dengan niat yang baik,untuk sesuatu yang ingin disampaikan..insyaallah Allah tahu isi hati kita. Pokok pangkalnya niat!!
Kamu bercakap macam kamu tahu siapa akan masuk neraka.Kita ni bakal masuk syurga ke?
Siapa nak jawab ye............

 
At 8:29 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Hmmm.... ajaran tawhid ustaz mana pulak ni yg mengatakan cara utk mendekatkan org kpd ayat-ayat suci al-Quran ialah dgn menyelitkan ayat-ayat suci itu dlm cerita2 horror, pontianak, hantu momok, hantu kopek, karut-marut, tahyul, khurafat, syirik?

Pokok pangkal niat, kata awak? Salah tu!

Niat awak betul tapi cara awak tu salah, hasilnya tetap salah. Niat kena betul, cara pun kena betul, baru betul.

Konon awak nak berdakwah dgn menulis cerita2 horror! Huhuhu!!

Mana nasnya yg awak jadikan pegangan? Ustaz mana yg kata cara awak tu cara Nabi SAW.

Awak ni penganut mazhab Islam hadhari ye? Patutlah....

 
At 8:49 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ini Fable Fox

Saya nak sindir golongan pelacur. Tetapi novel saya novel aksi, macam Golden Tiger Gate. Tak ada tahyul tahyul. Macam filem aksi hong kong sajalah.

 
At 9:22 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ayat saya di atas mungkin tak jelas,
(menulis buku cerita seram, sampaikan mesej bahawa kuasa Allah s.w.t tiada tandingan.
sampaikan mesej dengan ayat-ayat suci Al-Quran kita boleh atasi pontianah,toyol,penanggal kerana mereka semua adalah syaitan.)

Maksudnya di situ,dalam menghasilkan cerita seram..masukkanlah mesej bahawa dengan ayat suci Al-Quran boleh atasi pontianak, hantu momok, hantu kopek,..Seperti contoh:-watak A seorang penduduk kampung yang kuat beramal..bila orang kampung diganggu(rasuk)dan takut pada hantu syaitan,Si A merawati penduduk itu dengan membaca ayat suci,Si A menasihati penduduk supaya amalkan membaca Al-Quran agar diri kuat dan tidak diganggu makhluk halus. Si A sentiasa membaca Al-Quran setiap malam dan dengan itu hidupnya tenang tanpa sebarang gangguan makhluk halus...Bukan masukkan ayat suci itu dalam cerita atau buku.

Lihat bagaimana "TAMARJALIS" menulis dalam siri "BERCAKAP DENGAN JIN" dengan watak Datuk(datuk kepada watak Tamar) dan Haji Salim yang menentang ilmu Kamal dan anak muridnya Daud yang sesat bersahabat dengan syaitan. Di situ di ceritakan tentang amalan-amalan Datuk dan Haji Salim ketika menentang kejahatan syaitan dan sihir..

Itulah maksud saya!

 
At 9:39 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Haa kamu Hasbullah...
Pernah diganggu makhluk-makhluk halus? Apa kamu buat?
Baca ayat suci kan? Bagaimana kamu nak sampaikan kepada orang lain bahawa dengan ayat suci itu kita boleh mengatasi gangguan-gangguan syaitan?

Jadi...kepada yang hendak menulis cerita seram,biarlah mereka menulis asalkan TIDAK disampaikan kepada pembaca bahawa makhluk halus itu sangat hebat hingga pembaca kagum pada makhluk halus.(Itu salah)
Selitkankanlah mesej seperti TAMARJALIS menulis mudah-mudahan ia sampai kepada pembaca.

Setidak-tidaknya,peminat buku cerita seram dapat mesej kita..
Dapat buka mata dan minda agar kembali kepada amalan membaca dan menghafal ayat suci sebagai pendinding diri.

Daripada cakap berdentum-dentam tapi buku cerita seram tetap dikeluarkan dan dibaca pembeli.

Eheh heh heh.

 
At 1:16 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Hi! Fable Fox,

Awak ni betul ke tak betul? Mula-mula nak tulis buku pasal nak cari duit sambung belajar. La ni dah nak tulis buku pasal pelacur pulak! Awak ni belajar apa hah!

 
At 2:03 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya terpanggil nak tulis jugak hal hantu2 ni, walaupun di sini rupa hantunya lain drpd rupa hantu2 Melayu di Malaysia.

Lain budaya, lain hantunya. itulah bukti bahawa hantu2 macam hantu kopek, pontianak, penanggal tu adalah ciptaan minda orang Melayu, sebab orang Melayu saja yang ada hantu2 jenis itu.

Vempire pulak ciptaan minda orang putih, pasal tu vempire cuma ada di sini.

Hantu orang cina lain pulak, hantu orang Eskimo pun lain.

Siapa kata kalu baca Tamarjalis, nanti kita dapat rangsangan belajar menghafal ayat2 Quran? Berapa orang yang sehabis membaca Tamarkarut tu akhirnya dia pergi belajar menghafal ayat2 Quran?

Siapa kata cerita karut Tamarkarut tu ada kesannya kpd aqidah dr segi dia membuat pembacanya yakin akan kuasa Allah, lalu dia mentauhidkan Allah, lalu dia banyak menghafal ayat2 Quran?

Sesiapa yang baca Tamarkarut tu bukan makin yakin kpd kewujudan dan kesucian Allah, sebaliknya dia makin yakin kononnya hantu2 karut-marut tu wujud, dan dia jadi takutkan hantu2 ciptaan Tamarkarut tu!

Yah! Pembaca2 Tamarkarut tu jadi takut hantu, bukan takut Allah!!!

Itulah sebabnya buku2 Tamarkarut tu sesat lagi menyesatkan.

Saya sokong nasihat Ummu Habibah. Jangan cari makan dengan memesongkan aqidah orang2 lain. Awak sendiri terpesong, itu urusan awoklah. Jangan pengaruhi orang lain ikut terpesong macam awok.

Hantu KomKom.

 
At 6:14 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

A'kum semua. KRU nak terbitkan buku dakwah! Hohoho.... dia orang tu patut didakwahi dulu.

 
At 3:17 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya Lim Tat,kelja tangkap hantu punya.
Sini ada manyaaak hantu.
Gua mau tampal kertas kuning sama lu punya dahi!

 
At 3:23 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

hantu komkom.
Kamu baca buku Tamar kamu faham lain.Ayat kamu di atas menunjukkan kamu yang begitu bila membaca buku beliau.
"sebaliknya dia makin yakin kononnya hantu2 karut-marut tu wujud, dan dia jadi takutkan hantu2 ciptaan Tamarkarut tu!"

Hantu tidak wujud, semua itu jelmaan syaitan.

"Siapa kata kalu baca Tamarjalis, nanti kita dapat rangsangan belajar menghafal ayat2 Quran? Berapa orang yang sehabis membaca Tamarkarut tu akhirnya dia pergi belajar menghafal ayat2 Quran?"

Ayat kamu pun berunsur fitnah, mana kamu tahu dalam ramai-ramai yang baca buku itu tak terbuka hatinya untuk bekalkan diri dengan
ayat suci? Tidak nampak jangan berkata...itu sifat buruk sangka.

Tapi dah nama kamu pun letak hantu komkom nak buat macammana ye.

Ekeh keh keh.

 
At 4:14 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Lim Tat,

Melayu manyak picaya hantu lo! Sulah masuk universiti pun lia picaya hantu! Manyak cinang buat luit sama Melayu, tulis buku hantu misti manyak laku....

 
At 7:07 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

KRU itu Kumpulan Ranjau Uang. Dari keluarga yang beruang. Strategi dia tangkap apa orang suka - orang muda suka irama Euro-pop, dia buka kilang proses rekod europop yng hampeh. Orang suka cerita hantu toyol, cinta, romantika d'amor dia pun jadi penerbit buku. Esok tengoklah apa pula yang dia boleh ranjau ranjau cari uang. Ikut hati dan sedap rasa, silakanlah, kayakanlah KRU, selamat bersuka sukaan dengan hiburan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. yo, yo yo yo...

 
At 3:41 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ahahaa Hantu komkom aaaa,

Gua punya bapak sidale ada buka disko bukit bintang sana alea. Sana laaagi maaaanyiak hantu lo. Hali-hali malam-malam ada hantu.
Gua sana belum mau tangkap lagi itu hantu.
Gua pun ada hailan sama melayu,sangat suka picaya hantu.
Universiti sana hantu suka ada kacau kerana itu ada pelajar melayu pelempuan pakai itu tudung haaa tapi perut ada pemer lo ohohooo..ahaaha gua manyak mau ketawa.
Ampun cakap aaa,kalang-kalang tudung pakai,duduk itu jam aaa suluar kicik punya branding pun boleh tau lo.

Haiyaaaa manyak cilaka!

Apa buku aaa mau tulis mau kasi itu pakai tudung punya pelempuan kasi betul-betul jaga punya.?

Gua ada kawan itu Jin. Dua Jin!
Satu Jin sangat gelamer punya. Satu Jin manyak kaya punya!

Glamer punya nama Jin Shamsulin!
Manyaak star dia!

Kaya punya itu Keng Chuan Jin!
Tauke ikan loo..oohoho.

 
At 9:59 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Hai Musang,

Kalau awak faham post saya, saya mahu tulis buku agar pelacur berhenti melacur. Saya pernah ambil KGM kat Cosmopoint dekat jalan haji taib tu. setiap kali nak pegi makan dekat restoran favourite, mesti kena ganggu punya.

ada satu kali, bapak ayam pegang tangan saya dan tarik, tak nak lepaskan. bila saya genggam tangan satu lagi macam penumbuk baru dia nak lepaskan.

sebab tu saya nak tulis buku sindir dan menyedarkan pelacur. sebenarnya cerita kena tipu oleh boyfriend, dijual oleh suami, kebanyakannya tipu jer. sebab kat malaysia pelacuran itu salah.

kat luar pelacur tak reka pula cerita itu. mungkin kerana kerja tu sah, jadi mereka kata mereka melacur kerana kerja tu sah. tak boleh jual (guna) otak, jual (guna) tubuh.

 

Post a Comment

<< Home