Friday, October 20, 2006

Risiko Self-publishing

Minggu lalu, macam tahun-tahun sebelum ini, MPH mengadakan pertemuan penulis-penulis Kuala Lumpur di MPH One Utama, sebagai membuktikan komitmen MPH dalam mendukung perkembangan kreativiti tempatan.

Macam tahun-tahun sebelumnya, daripada jumlah tidak sampai 20 orang yang datang, 99% adalah penulis yang menulis dalam Bahasa Inggeris.

Yang menariknya, setiap tahun, yang datang adalah muka-muka baru. Ke mana perginya penulis-penulis yang datang tahun-tahun sebelumnya, adakah mereka tidak menulis lagi?

Meskipun yang datang itu muka-muka baru, tetapi apa yang mereka katakan dalam majlis itu adalah cerita-cerita yang serupa setiap tahun.

Tahun ini PTS menghantar Presiden PTS sendiri, En. Arief Rahmad, sebagai menyatakan sokongan PTS kepada daya usaha MPH.

Berikut adalah tema-tema berulang yang dikemukakan oleh penulis-penulis dalam Bahasa Inggeris itu:

1. Mereka menulis dalam BI sebab mereka mahu menulis 'for the world to read'.

2. Mereka mengatakan semua orang boleh membaca dalam BI oleh itu pasaran buku mereka amat besar.

3. Mereka mengalami kesukaran mencari penerbit yang profesional dan jujur. Cawangan penerbit-penerbit antarabangsa yang mempunyai cawangan di KL pun tidak berminat menerbitkan karya mereka. Akhirnya mereka terpaksa menerbitkan sendiri buku mereka. Akibatnya buku mereka berlonggok dalam rumah.

4. Mereka ditipu oleh penerbit tempatan yang menjanjikan macam-macam janji manis bahawa buku mereka akan laku, tetapi terbukti buku mereka tidak laku sebagaimana yang dijanjikan. (Malah salah seorang daripada mereka mengalami nasib, penerbitnya memulangkan kepadanya stok tak laku sebanyak seribu lebih naskhah!)

5. Tidak seorang pun yang berpuas hati dengan hasil jualan buku mereka, dan mereka menyalahkan semua pihak, melainkan diri mereka sendiri.

Tahun-tahun lalu, itulah juga keluhan golongan penulis Bahasa Inggeris di Malaysia.

Apabila wakil PTS akhirnya membuka mulut dan memberitahu mereka bahawa novel-novel popular Melayu dijual sehingga 150 ribu naskhah, mereka tidak percaya.

"Very cheap novel, maybe?" kata seorang.

"No! RM49.90," kata wakil PTS.

Senyap.

.

3 Komen :

At 10:29 AM, Blogger Unknown Berkata ...

padan muka. pandang rendah sangat pada penulis dan karya bahasa melayu!

 
At 12:23 AM, Blogger ufukhati Berkata ...

Puan Ainon,

1. Saya sudah angkat pena sejak 1971 menulis dalam bahasa Melayu hingga sekarang. Itulah kepuasan paling tinggi zahir dan batin sebagai orang Melayu.

2, Saya juga membuat dua kerja sampingan iaitu menterjemah puisi saya sendiri (yang sudah terbit dalam bahasa Melayu) ke dalam bahas Inggeris) DAN menterjemah puisi bahasa Inggeris (karya orang lain) ke dalam bahasa Melayu. Kerja ini menghidupkan kembali sel-sel otak saya yang sudah mati.(Mahu menyibuk-nyibuk tentang kedua-dua bahasa itu).

3. Paparan Puan Ainon itu amat tepat dan merangsangkan. Amatlah keji orang Melayu yang mengkeji bahasanya sendiri.

 
At 9:53 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

jika saya beli novel inggeris - saya akan beli karya penulis-penulis terkenal dn popular spt sidney seldon, nicholas spark, gisham dan lain-lain. buat apa saya beli penulis yg tiada nama.

 

Post a Comment

<< Home