Tuesday, November 28, 2006

Surah Yusuf dan Teori Sastera Moralistik

Dari sudut pandang etika kerja Islami, baik pengarang mahupun penterjemah, kedua-dua profesion ini sama-sama tidak dibenarkan menghasilkan karya-karya yang mengandung unsur-unsur yang membahayakan akhlak masyarakat.

Justeru, apa yang tidak dibenarkan wujud dalam karya sastera Islami aliran surah Yusuf adalah juga tidak dibenarkan dalam karya terjemahan.

Babak asmara tidak dibenarkan dituliskan secara direct dalam karya sastera Islami, maka babak asmara juga tidak dibenarkan diimpot secara direct melalui karya terjemahan.

Prinsip etika ini mengundang polemik dan kontroversi keras antara pengarang karya asal dengan penterjemah.

Namun prinsip etika ini juga sangat memudahkan kerja para penerbit Islami dalam isu mengenal pasti karya-karya yang dibenarkan diterjemah dan diperdagangkan, dengan yang tidak dibenarkan.

Berdasarkan prinsip ini, penerbit terlebih dahulu menetapkan apakah sesebuah karya itu mempunyai ciri-ciri syariah-compliance ataupun tidak, sebelum memilih buku itu bagi diterjemahkan.

Ini berbeda sekali dengan teori terjemahan konvensional yang a-religius dan a-moral sifatnya. Dalam dewan kuliah teori terjemahan konvensional, pensyarah terus mengajarkan teknik-teknik terjemahan dengan tidak mengajarkan etika moral profesion penterjemahan.

Justeru, sebelum seseorang itu belajar teknik-teknik terjemahan, dia wajib belajar teori sastera Islami aliran surah Yusuf, kerana teknik-teknik terjemahan Islami adalah by-product teori sastera Islami aliran surah Yusuf.

Tidak seperti teori sastera konvensional yang a-moral, teori sastera Islami aliran surah Yusuf, justeru teori terjemahan Islami, adalah sangat moralistik sifatnya.

Tanpa memahami konsep-konsep dalam teori induknya, pelajar terjemahan sukar memahami dan mengaplikasikan prinsip-prinsip dan teknik-teknik terjemahan Islami.

.

.