Emas Sebagai Modal Membuka Bisnes
Seorang rakan Facebook saya yang bernama Tn. Zulkifli Sharif, menulis komen pada posting saya yang bermanfaat dibaca:
Ada seorang peniaga sandal yang buat bisness kerana minatnya dan beliau masih bekerja. Idea beliau:
Mengadaikan emas milik isterinya yangg dibeli beberapa tahun lalu di Bank Rakyat dan dijadikan modal. Sebahagian keuntungan digunakan untuk menebus emas itu kembali. Sebahagian digunakan untuk modal pusingan. Dan sebahagian lagi digunakan untuk hidupnya.
Dan yang menariknya, keuntungan yang selebihnya beliau gunakan untuk membeli emas lagi. Kerana katanya, emas itu saban tahun akan memberi lebih tinggi nilai gadaiannya kerana harga pasaran emas yang terus meningkat.
Katanya lagi, emas yang sama telah membantu beliau berkali-kali untuk memberikan modal tanpa membuat pinjaman peribadi kepada bank.
Dia kata, cara paling mudah untuk mengeluarkan modal adalah melalui emasnya. Dan beliau tidak pelik kerana beliau belajar dari mereka yang berada di Pantai Timur.
Jadi, sebenarnya untuk peniaga kecil, mungkin ini salah satu cara yang anda boleh lalukan kalau setakat nak berniaga bermodalkan 2000 ringgit.
Kalau anda makan gaji, belilah emas yang betul emas tanpa batu. Kemudian gunakanlah gadaiaan emas (Ar Ranhu ) itu sendiri untuk membina modal.
Berhutang dengan sandaran emas seperti anda berhutang dengan diri anda sendiri. Pihak bank hanya mengambil upah simpan.
.
3 Komen :
layari adamtaufek.blogspot.com
Saya telah cuba idea ni. Alhamdulillah, sekarang saya berjaya beli 5 ekar kebun kelapa sawit dan tebus kembali emas tersebut. Kini mengira hasil setiap bulan.
"bantingtravel.blogspot.com
Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"
Post a Comment
<< Home