Tuesday, November 22, 2005

Berkarya untuk Kumpulan Pembaca Terbatas

Apakah buku-buku fiksyen sejarah laku dijual? Jikalau tidak laku, para penerbit tidak akan menerbitkan genre itu.

Penulis fiksyen sejarah yang paling penting di negara kita sekarang adalah Faisal Tehrani. Karya-karya fiksyen sejarahnya memenangi lepas satu, satu hadiah, sebelum karya-karya itu diterbitkan. Selepas menang, baru terbit.

Walau apa sekalipun genre sesuatu karya itu, peminatnya tetap ada, cuma besar ataupun kecil jumlahnya. Jika jumlah itu tidak cukup besar, penerbit tidak akan melabur ke dalam sektor itu.

Menulis karya fiksyen sejarah tidak akan membolehkan saudara mengalami kejayaan sebagaimana yang dialami oleh penulis-penulis novel cinta. Pada masa ini cetakan pertama novel Alaf21 adalah 30 ribu naskhah. Tidak akan ada mana-mana penerbit berani mencetak 30 ribu naskhah bagi karya fiksyen sejarah, 10 ribu pun tidak.

Apabila jumlah pembaca sesuatu genre itu kecil, bagaimanakah saudara hendak mendapatkan royalti yang berpatutan? Caranya adalah dengan membanyakkan penghasilan buku saudara. Saudara tidak dapat hidup selesa hanya dengan menerbitkan 2 ataupun 3 fiksyen sejarah. Saudara perlu menghasilkan 10 ataupun 20 karya.

4 Komen :

At 10:39 AM, Blogger ibnurabi Berkata ...

Populariti buku adalah satu yang tidak boleh dijangka atau ditetapkan. Sebagai contohnya siri Harry Potter, Da Vinci Code telah mencetuskan satu fenomena dalam dunia pembukuan dalam genre yang berlainan. Mungkin di Malaysia telah tercetus fenomena tersendiri contoh novel cinta, dan mungkin nanti novel dalam genre yang berlainan seperti sejarah, thriller dan sebagainya.

 
At 7:51 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Ibnurabi, siapakah saudara? Namoaknya sdr ini orang buku. Saya harap kita dapat berkomunikasi lebih banyak tentang dunia buku.

Saya berpandangan, bagi membuka pasaran baru untuk genre2 baru dalam bahasa Melayu, ini adalah kerja 2 pihak. satu, penulis genre mesti menulis, dan kedua, penerbit mesti mempunyai strategi kerja yang membolehkan pasaran baru itu diteroka dan dibuka. Jadi ini soal marketing, soal modal ringgit bagi aktiviti marketing!

 
At 7:52 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 11:40 AM, Blogger ibnurabi Berkata ...

'Bila Mentari Melimpah Sinar' oleh Ahadiat Akashah, 'Arjuna Hati' Norzailina Nordin, 'Hatimu untuk Siapa' oleh HM Tuah Iskandar..adalah fiksyen sejarah yang digerakan oleh tema cinta, sayang & kasih.
Begitu juga The Harmony Silk Factory oleh Tash Aw. Salah seorang penulis kelahiran Ipoh Perak, yang baru-baru ini tercalon dalam longlist 'Man Booker Prize 2005' dan beberapa hari lalu tercalon shortlist untuk 'Whitbread Book 2005' menulis fiksyen yang berlatar sejarah zaman Jepun di Ipoh Perak. Beliau mendapat imbuhan sebanyak RM3.5 juta bagi satu novel. yang telah mendapat hak alih bahasa ( lebih dari 10 Bahasa).
Apa yang saya sampai di atas untuk maklumat yang boleh dikongsi bersama.
Pn Ainon, saya Ramji. minta maaf kerana tidak menggunakan nama sebenar.

 

Post a Comment

<< Home