Thursday, February 02, 2006

Watak Utama Novel Cinta Islami: Prinsip Surah Yusuf

Kisah percintaan Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha sudah beribu-ribu tahun usianya. Sebelum kisah itu disampaikan kepada Nabi Muhammad oleh Allah melalui wahyu Quran, kisah itu sudah lama lebih awal diketahui oleh para penganut agama Yahudi dan Kristian. Sehingga hari ini banyak penulis buku kisah-kisah daripada al-Quran yang mencapur-adukkan kisah Nabi Yusuf dengan kisah-kisah yang berasal daripada sumber-sumber Yahudi dan Kristian.

Kisah Nabi Yusuf adalah kisah cinta yang paling indah. Bagi menghasilkan novel cinta yang indah dengan berpandukan surah Yusuf, ini bermakna watak utama dalam novel cinta itu perlu memiliki keselarasan dengan watak utama dalam surah itu.


Watak utama dalam surah Yusuf adalah:

1. Lelaki, bukan perempuan.

2. Lelaki yang takut kepada Tuhan, ertinya agamanya baik, tidak melakukan sebarang perbuatan haram.


3. Lelaki yang mempunyai peribadi terpuji.


4. Mempunyai rupa paras yang elok.


5. Keturunan orang baik-baik.


6. Lelaki teruna yang suci, bukan suami orang, bukan tunang orang, bukan kekasih orang, bukan duda, bukan pemuda yang mempunyai rekod perhubungan dengan perempuan sebelum bernikah, bukan pemuda yang menyentuhi perempuan bukan muhrimnya.


7. Pekerja yang amat jujur kepada majikannya.


8. Mengalami pelbagai nasib malang.


9. Mengalami nasib yang ekstrem, daripada hamba menjadi menteri.


10. Mempunyai IQ tinggi, pintar, mempunyai bakat-bakat istimewa.


11. Tidak bermain senjata.


Dalam surah Yusuf, melalui watak Zulaikha, kedudukan perempuan adalah sebagai watak pembantu utama, bukan watak utama. Isu ini mungkin tidak disetujui oleh pengarang novel moden, terutamanya pengarang-pengarang perempuan, namun prinsip lelaki menjadi watak utama dalam kisah cinta yang indah adalah prinsip yang disedut daripada surah Yusuf.



5 Komen :

At 11:02 AM, Blogger Zaid Akhtar Berkata ...

a'kum.
yup, saya setuju.
alhamdulillah...
2 novel pertama saya sudah menampilkan ciri-ciri yg disebutkan puan.

zaid.

 
At 11:10 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Zaid,

Cuba saya tengok, sejauh mana sdr mengaplikasikan teknik surah Yusuf. Kalau dah siap baru hantar, jika ada pembetulan, teruk, sebab kena betulkan seluruh novel. kalau dari awal sudah tahu di mana pembetulan, lebih mudah, kualiti pun lebih baik. Hantarkan novel sdr yang belum siap itu kpd saya.

 
At 2:20 PM, Blogger Zaid Akhtar Berkata ...

:-)
maksud saya, 2 novel yg pernah saya tulis dan telah diterbitkan.
pasti ia tak sempurna, namun saya kira, saya sudah mencubanya.

zaid.

 
At 7:10 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Zaid,

Tulislah lagi, gunakan KJ Method dan Surah Yusuf serentak. Hasilnya lebih baik dan lebih cepat siap. Hantar mana-mana yang sudah siap ditulis kpd saya supaya saya beri feedback.

 
At 11:19 AM, Blogger Zaid Akhtar Berkata ...

Apa itu KJ Method?
Saya mmg berniat menghadiri bengkel penulisan kreatif anjuran PTS. Bila tarikh yg terdekat?

salam.

 

Post a Comment

<< Home