Friday, August 05, 2005

Apa Itu Blurp Buku

Blurp adalah teks yang ditulis pada kulit buku berkenaan kandungan buku.Blurp boleh ditulis baik pada kulit depan mahupun kulit belakang.

Blurp adalah iklan.Peranannya bagi mempengaruhi pembeli hanya kalah kepada tajuk. Jika saudara membeli novel-novel cinta, buku-buku itu dibungkus vakum. Ertinya saudara tidak berpeluang membuka dan membaca isi kandungannya sebelum membeli. Saudara betul-betul bergantung kepada maklumat yang terkandung pada blurp sewaktu membuat keputusan mahu membeli ataupun tidak novel itu. Jadi peranan blurp sebagai alat persuasi adalah kritikal.

Novel yang baik, tetapi blurpnya buruk, adalah ibarat kereta yang enginnya bagus tetapi bodinya buruk. Bagaimanakah ia dapat menarik minat bakal pembelinya?

Siapakah yang menyediakan teks untuk blurp buku? Ia adalah tugas editor buku saudara. Tetapi penulis hendaklah mengemukakan cadangan blurp bagi bukunya sendiri. Kirimkan blurp saudara bersama-sama dengan manuskrip.

Blurp yang saudara cadangkan itu sangat membantu kerja editor saudara. Tetapi itu tidak semestinya menjamin cadangan saudara diterima 100% oleh editor.

Menulis blurp adalah gabungan antara ilmu dan seni. Sesetengah editor kurang berbakat dalam mencipta ayat-ayat yang mengandungi daya pengaruh tinggi. Oleh itu blurp yang dihasilkannya tidak persuasif, walaupun ia memenuhi prinsip-prinsip menulis blurp. Ingatlah buku itu karya saudara. Berikan apa juga kerjasama kepada editor saudara asalkan ia dapat membantu meningkatkan jualan buku itu nanti.



1 Komen :

At 12:05 PM, Blogger sinaganaga Berkata ...

BLURP yang tertera di kulit hadapan - bukan dipanggil KICKERS ke kak?

 

Post a Comment

<< Home