Syarat Menjadi Penulis
Kredibiliti pengarang adalah salah satu faktor yang mempengaruhi jualan buku saudara.
Sesetengah buku mewajibkan pengarang memiliki ijazah sahaja dalam bidang-bidang berkaitan. Jika saudara lulus ijazah pengurusan perniagaan, saudara sesuai menulis buku teks tentang prinsip-prinsip pengurusan perniagaan.
Sesetengah buku mewajibkan pengarang memiliki ijazah dan pengalaman sekaligus dalam bidang-bidang berkaitan. Bagi menulis buku motivasi kepimpinan, saudara perlu memiliki ijazah dan juga saudara sendiri berpengalaman menjadi pemimpin, jika tidak buku saudara tidak akan mencapai kualiti dan kredibiliti yang sepatutnya. Jika saudara mempunyai ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan dan juga saudara mempunyai pengalaman mengurus perniagaan barulah saudara layak menulis buku motivasi keusahawanan.
Sesetengah buku tidak mewajibkan pengarang memiliki ijazah. Jikalau saudara seorang yang mempunyai banyak pengetahuan tentang cerita-cerita rakyat di tempat saudara, maka saudara boleh menjadi pengarang terkenal dengan menerbitkan buku-buku koleksi cerita-cerita rakyat. Saudara boleh mengarang buku berjudul 'Sos dan Sambal-sambal Melayu' meskipun saudara tidak memiliki ijazah dalam bidang penyediaan makanan.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home