Tuesday, August 02, 2005

Hakcipta Ilustrator

Banyak buku menggunakan banyak ilustrasi. Sebagai contoh buku-buku untuk bacaan kanak-kanak menggunakan banyak lukisan, lebih cantik lukisan itu, lebih laku jualan buku itu.

Adakah saudara berminat menjadi ilustrator buku? Ada dua cara saudara boleh mencari wang.

1. Hantarkan contoh karya lukisan saudara kepada penerbit-penerbit buku. Mereka mungkin berminat menggunakan perkhidmatan saudara bagi menyediakan ilustrasi buku-buku mereka. Hakcipta ilustrasi yang saudara lukis adalah hak kepunyaan saudara. Saudara boleh jual hakcipta itu kepada penerbit. Jikalau saudara menjualkannya, saudara akan dibayar sekali sahaja.

2. Saudara boleh berkenalan dengan mana-mana penulis buku kanak-kanak dan berpakat supaya dia menuliskan ceritanya manakala saudara melukiskan ilustrasinya. Saudara berdua boleh menjualkan hakcipta karya-karya saudara itu dan berkongsi wang bayarannya. Saudara boleh juga tidak menjualkan hakciptanya dan dengan itu saudara berdua berkongsi royalti setiap tahun.

Walaupun saudara seorang ilustrator buku, undang-undang harta intelektual negara kita tetap melindungi hakcipta karya saudara.

1 Komen :

At 9:43 PM, Blogger deardiary Berkata ...

Assalamualaikum Puan,

saya ingin bertanya tentang bayaran bagi ilustrator. Adakah mereka akan dibayaran sekali bayaran atau berdasarkan royalti? sekiranya sekali bayaran, berapakah harga pasaran bagi satu mukasurat penuh yang berilustrasi?

Harap puan dapat berikan sedikit gambaran. terimakasih

 

Post a Comment

<< Home