Tuesday, August 02, 2005

Asmara Pengarang

Bagi sesetengah jenis buku, dunia asmara si pengarang amat mempengaruhi hayat pasaran buku-bukunya.

Jikalau saudara hendak menulis buku-buku panduan hidup keluarga bahagia, pasaran buku saudara sangat dipengaruhi oleh kehidupan asmara saudara sendiri.

Kalau saudara ada 'affair' dengan orang lain, maklumat itu akan segera tersebar, maka akan tamatlah riwayat buku-buku saudara.

Kalau saudara menulis tentang teknik-teknik memupuk kasih sayang dalam perkahwinan, tiba-tiba pasangan saudara kahwin lain, banyaklah buku-buku saudara yang akan di'return' oleh kedai-kedai buku dan berlonggok dalam setor penerbit.

Jikalau saudara menulis buku-buku kaunseling, dan saudara hendak menjadi penceramah dalam bidang kaunseling, jangan sampai saudara pun dikatakan memerlukan kaunseling.

Jikalau saudara menulis buku tentang teknik belajar, tiba-tiba ada anak saudara yang tidak berminat belajar di sekolah, begitu juga.

Banyak penulis menulis dengan sikap penjual ubat tepi jalan. Seperti penjual ubat itu, ada penulis yang berani memberikan gambaran seolah-olah teknik-teknik yang mereka anjurkan dalam buku-buku mereka itu dijamin dapat menghasilkan kejayaan 100% apabila digunakan. Ini adalah tidak beretika.

1 Komen :

At 10:36 AM, Blogger rastom Berkata ...

seelok eloknya kalau penulis itu cenderong punyai affair, tulislah buku "Kaedah Poligami Yang Berjaya"...barulah affairnya ada justifikasi.

 

Post a Comment

<< Home