Jual Hakcipta
Apabila saudara sudah siap menulis buku saudara, automatik saudara sudah mencipta sebuah harta kepunyaan saudara sampai bila-bila. Tetapi selepas 50 tahun saudara mati, undang-undang negara kita tidak lagi melindungi harta saudara itu. Kalau ada orang mencuri karya saudara, waris saudara tidak boleh membuat laporan polis ataupun mendakwa si pencuri ke mahkamah.
Banyak penerbit kecil mengamalkan tataniaganya dengan membeli hakcipta karya penulis. Ramai juga penulis yang memilih cara itu. Mereka menawarkan kepada penerbit supaya mahu membeli hakcipta buku mereka.
Apabila saudara menjual hakcipta buku saudara kepada mana-mana penerbit, ertinya sampai bila-bila saudara sudah tidak mempunyai sebarang hak ke atas buku yang saudara tulis itu. Walaupun nama saudara sebagai pengarang tetap dicetak atas kulit buku itu, buku itu bukan kepunyaan saudara lagi.
Apabila penerbit itu membeli hakcipta buku saudara, dia akan membayar saudara sekali sahaja. Selepas itu tidak ada apa-apa bayaran lagi. Sampai bila-bila. Kalau buku itu diulang cetak berkali-kali sekalipun, saudara tidak berhak meminta apa-apa bayaran daripada penerbit itu lagi. Wasalam....
0 Komen :
Post a Comment
<< Home