Tuesday, August 02, 2005

Terbit Karya Sendiri

Banyak penulis menerbitkan karya mereka sendiri. Adakah langkah itu wajar? Kita lihat kes-kes berikut:

1. Jika saudara seorang penyajak, memang amat sukar hendak mendapatkan penerbit yang mahu menerbitkan buku sajak disebabkan peminat buku sajak amat kecil jumlahnya. Jika saudara mempunyai wang bolehlah saudara terbitkan sendiri buku sajak saudara demi memuaskan hati sendiri. Ramai penyajak melakukan ini. Kemudian mereka hadiahkan percuma buku itu kepada rakan-rakan. Dalam kes ini wang modal saudara itu dikira hangus.

2. Jika saudara seorang pensyarah di universiti. Untuk naik pangkat saudara perlu mempunyai buku yang sudah terbit. Beberapa lama dahulu ada pensyarah-pensyarah yang berjaya naik pangkat dengan menerbitkan sendiri buku-bukunya. Selepas naik pangkat buku-buku yang berlonggok dan berdebu dalam setor di rumah terpaksa dibakar. Dalam kes ini peningkatan gaji daripada kenaikan pangkat itu dapat menebus kos penerbitan buku itu. Pada masa ini trik ini sudah diketahui oleh pentadbiran universiti, jadi jangan dibuat!

3. Pernahkah saudara mendengar istilah 'boutique publishing'? Sebagai contoh, jikalau saudara hendak menerbitkan buku kenang-kenangan sempena perkahwinan ibu bapa saudara yang ke-50, saudara memerlukan perkhidmatan 'boutique publishing'. Buku yang bagaimana rupabentuknya? Sebutkan sahaja, asal ada wang, semua boleh dibuat untuk saudara.

4. Jikalau saudara hendak menerbitkan buku saudara sendiri dan mengharapkan jualan daripada buku itu dapat menghasilkan keuntungan kewangan, fikir 10 kali dulu....

2 Komen :

At 4:48 PM, Blogger Latiptalib Berkata ...

assalamualaikum,
saya suka membaca tulisan puan ainon di blog ini. ia boleh menambah pengetahuan kita di bidang penulisan.

 
At 11:26 PM, Blogger Norhaizan Mustapha Berkata ...

salam
saya juga suka baca entri di blog pn ainon ni
saya memang ada impian untuk menulis buku sendiri dan terbitkan sendiri
panduan yang ada didalam ni sangat berguna
buat masa ni, saya ada menulis sebuah buku bertajuk"buat duit dengan tuisyen e-Xra". Buku ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri.
saya bercadang untuk menjualnya secara pos sahaja dulu
percetakan belum lagi saya tentukan, yang macamana sesuai. ada sesiapa boleh bantu saya?

e:norhaizanmustapha@gmail.com
u:http://www.adikgenius.blogspot.com

 

Post a Comment

<< Home