Penerbit Rompak Sekolah
      Kalau saudara seorang guru sekolah rendah, saudara tentu kenal baik dengan wakil penjual buku-buku bacaan pengkayaan untuk perpustakaan sekolah. 
Adakah saudara perasaan wakil-wakil penjual datang ke sekolah dengan membawa buku-buku yang dijual secara berset-set. Tiap-tiap set itu harganya tidak masuk akal apabila dibandingkan dengan harga buku yang sama tebalnya yang dapat dibeli di kedai-kedai buku.  Inilah sebabnya buku-buku pengkayaan yang dijual terus ke sekolah-sekolah tidak dapat dibeli di kedai-kedai buku.  Tidak ada kedai buku yang mahu mempamerkan set-set itu disebabkan tidak akan ada ibu bapa yang mahu membeli buku mutu rendah itu pada harga yang tidak masuk akal.
Sebagai contoh satu set buku cerita-cerita rakyat untuk bacaan pelajar tahun 3 dan 4 yang terdiri daripada 10 buku cerita setebal 48 halaman dijual dengan harga RM220.  Kualiti bahasa dan ilustrasi buku-buku itu pula amat rendah.  Pada harga pasaran nilai set itu adalah sekitar RM60 sahaja. Itupun sudah mahal.
    

0 Komen :
Post a Comment
<< Home