Wednesday, August 03, 2005

Buku Motivasi

Sejak 3 tahun yang lalu, masyarakat mula menikmati banyak buku-buku motivasi dan pembangunan diri dipamerkan di kedai-kedai buku.

Trend membaca buku-buku motivasi muncul selepas nama Dato' Dr. Fadhillah Kamsah menjadi popular melalui siaran radio dan televisyen. Trend itu terus meningkat apabila beliau mula menjadi lebih popular dengan menyampaikan ceramah-ceramah secara 'live' di berbagai jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta.

Ramai penulis buku motivasi ikut memasuki pasaran tetapi ramai juga yang bukunya tidak laris dijual. Puncanya adalah disebabkan mereka menulis dengan menggunakan gaya orang berceramah di mana dia banyak mengemukakan kritikan dan marah-marah kepada pembacanya. Lebih kurang gaya itu membawa maksud "orang lain semua tidak betul, dia satu orang yang betul".

Jika saudara hendak menjadi penulis buku-buku motivasi, saudara perlu menggunakan format seperti yang digunakan oleh Sdr. Ahmad Fadzli Yusof dengan siri Resipi Kejayaannya.

2 Komen :

At 4:46 PM, Blogger Tok Rimau Berkata ...

Baru jumpa blog ini. Bagus. Blog ini banyak memberi tunjuk ajar.

Semoga kawan-kawan dari komuniti blog http://jurnal.biz dapat manfaat dari blog ini.

 
At 5:26 PM, Blogger abuiqbalnuaim Berkata ...

Wahhhh! Orang kuat Geng Jurnal melawat sini. Kira hebat gaklah.

 

Post a Comment

<< Home