Nasib Penerbit Kecil
Menjadi penulis baru adalah pengalaman yang penuh dengan cerita duka! Punca paling utama kedukaan itu adalah disebabkan buku-buku penulis baru banyak yang gagal diterima oleh penerbit-penerbit besar. Akibatnya mereka terpaksa menyerahkan manuskrip mereka kepada penerbit kecil. Sembilan puluh tiga peratus (93%) penerbit kecil tutup dalam tempoh 3 tahun selepas memulakan operasinya. Kata pepatah Melayu, “Mati ayam, matilah kutu.”
Jika begitu banyak penerbit kecil mati, mengapakah ada segelintir yang hidup? Faktor-faktor yang membolehkan beberapa penerbit buku-buku Melayu terus aktif dalam pasaran adalah:
Mamak yang mula sebagai pengedar buku menjadi penerbit buku: Penerbit Al- Hidayah bermula sebagai pengedar buku-buku agama. Kini ia sudah mula menceburi bidang penerbitan buku agama. Jadi Al-Hidayah mengedarkan sendiri buku-bukunya.
Penerbit anak syarikat besar: Penerbit Utusan Publications adalah milik penuh syarikat Kumpulan Utusan. Penerbit Alaf 21 adalah anak syarikat milik penuh Kumpulan Karangkraf.
Penerbit kecil yang dapat 'rezeki terduduk': Penerbit Cerdik mendapat lesen menerbitkan kertas soalan peperiksaan dari Kementerian Pelajaran selama 10 tahun. Keuntungan projek itu membolehkan Cerdik membina kekuatan kewangan bagi aktiviti penerbitan buku-bukunya. Penerbit Arus Intelek pula menerima kontrak membekalkan buku-buku teks Kementerian Pendidikan.
Barangkali saudara fikir saudara hendak menubuhkan syarikat penerbitan dengan harapan saudara boleh masuk tender skim pinjaman buku teks. Salah satu syarat mendaftar dengan kementerian adalah modal berbayar saudara hendaklah minimum RM100 ribu.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home