Ayat-ayat Terlarang dalam Novel Islami
Berdakwah dengan menggunakan cerita adalah sunah Quran dan sunah Nabi Muhammad SAW. Dalam Quran terdapat banyak cerita, daripada yang amat ringkas kepada yang panjang. Dalam hadith-hadith Nabi Muhammad SAW juga terdapat banyak cerita.
Apakah ada apa yang dikatakan novel cinta Islami? Isu ini adalah isu pokok. Kita berpendapat, ada! Cerita Yusuf dan Zulaikha adalah cerita cinta, maka berdasarkan fakta inilah kita berpendapat demikian. Isu kedua yang penting adalah, apakah ciri-ciri novel cinta Islami? Kita berpendapat ciri-ciri novel cinta Islami adalah juga ciri-ciri novel Islami.
Apabila saudara menulis novel cinta Islami, ayat-ayat yang saudara hasilkan terdiri daripada 2 jenis iaitu:
Ayat-ayat naratif.
Ayat-ayat dialog.
Kedua-dua jenis ayat itu digunakan dalam surah Yusuf. Berikut adalah hasil analisis ke atas teks surah Yusuf.
Fungsi ayat-ayat naratif dalam surah Yusuf adalah seperti berikut:
Ayat pembukaan (ayat 1)
Menyatakan tujuan Tuhan (pengarang) menceritakan kisah Nabi Yusuf kepada pembaca (cth. ayat 2, 3,7)
Menerangkan apa Tuhan (pengarang) lakukan ke atas watak-watak (cth. Ayat 15, 24, 34)
Menerangkan apa yang dilakukan oleh watak-watak (cth. ayat 15, 16, 18)
Menyimpulkan kisah Nabi Yusuf dan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalamnya.
Menutup cerita.
Apabila saudara menulis novel cinta Islami, hati-hati supaya saudara tidak menghasilkan ayat-ayat naratif bagi tujuan selain daripada yang di atas. Daripada analisis di atas jelas sekali di dalam surah Yusuf, ayat-ayat naratif tidak digunakan bagi tujuan berikut:
Menerangkan bentuk dan sifat-sifat tubuh badan manusia.
Menerangkan babak-babak dan aksi bercumbu-cumbuan.
Dalam surah Yusuf, dialog tidak digunakan bagi fungsi ekspresif berikut:
Ekspresi bercumbu. (pada pendapat kita, ayat 23: “Marilah ke mari!” yang diucapkan oleh Siti Zulaikha kepada Nabi Yusuf bukan ekspresi bercumbu, sebaliknya ayat perintah manipulatif daripada seorang majikan perempuan kepada budaknya.)
Ekspresi mencela, mencerca, memaki-hamun.
Ekspresi peristiwa keganasan.
Ekspresi luahan rasa cinta dan rindu dendam.
Fungsi (1) dan (4) di atas perlu diberi tekanan di sini. Disebabkan novel cinta sudah tentu banyak mengandungi babak-babak percintaan, penulis novel cinta Islami harus sentiasa berhati-hati supaya dalam keghairahan bercerita, jangan melanggar peraturan (1) dan (4).
Surah Yusuf terdiri daripada 111 ayat. Daripada jumlah itu 86 ayat adalah ayat dialog, iaitu 74 peratus. Fungsi ekspresif dialog dalam surah Yusuf adalah seperti berikut:
1. Memberitahu apa yang dialami. Cth: Yusuf memberitahu ayahnya tentang mimpinya. (ayat 4)
2. Memberitahu maklumat tentang karektor-karektor lain. (ayat 5)
3. Meluahkan perasaan tidak puas hati. (ayat 8)
4. Membuat rancangan jahat. (ayat 10)
5. Menipu (ayat 11)
6. Membantah (ayat 13)
7. Mengarah (ayat 21)
8. Mengajak (ayat 23)
9. Menolak ajakan (ayat 23)
10. Menghargai jasa (ayat 23)
11. Menuduh (ayat 25)
12. Membela diri (ayat 26)
13. Memarahi (ayat 28)
14. Mencela (ayat 30)
15. Menyatakan kekaguman (ayat 31)
16. Berkomunikasi dengan Tuhan (ayat 33)
17. Meminta bantuan (ayat 36)
18. Menyampaikan pengetahuan (ayat 37)
19. Menerangkan dirinya sendiri (ayat 38)
20. Mempengaruhi dan menukur pendapat (39 & 40)
21. Mengatakan tidak tahu dan memberi alasan (ayat 44)
22. Menawarkan diri (ayat 45)
23. Menyeru, memanggil (ayat 46)
24. Melaporkan (ayat 46)
25. Mengarah persiapan menghadapi kesusahan (ayat 47)
26. Menyiasat (ayat 51)
27. Memberi kesaksian (ayat 51)
28. Mengakui kesalahan (ayat 51)
29. Membela diri (ayat 52)
30. Mengiktiraf kelebihan (ayat 54)
31. Menawarkan diri (ayat 55)
32. Menerangkan kebolehan diri (ayat 55)
33. Memujuk untuk mendapatkan sesuatu (ayat 59 & 60)
34. Mengancam (ayat 60)
35. Mengalah kepada ancaman (ayat 61)
36. Menyatakan harapan dan ramalan (ayat 62)
37. Berjanji (ayat 63)
38. Menyatakan rasa tidak percaya (ayat 64)
39. Menyebut peristiwa lalu, mengungkit (ayat 64)
40. Menolak permintaan (ayat 66)
41. Mengenakan syarat ke atas janji (ayat 66)
42. Berpesan (ayat 67)
43. Memberi peringatan (ayat 67)
44. Memperkenalkan diri (ayat 69)
65. Menghibur (ayat 69)
66. Menawarkan ganjaran (ayat 72)
67. Menafikan (ayat 73)
68. Meminta maklumat (ayat 74)
69. Memberi maklumat (ayat 75)
70. Dialog internal - monolog (ayat 77)
71. Tawar menawar (ayat 78)
72. Mempertahankan pendirian (ayat 79)
73. Menyatakan rasa bersalah (ayat 80)
74. Menyatakan pendirian (ayat 80)
75. Menyatakan harapan (ayat 83)
76. Menyatakan rasa tidak percaya (ayat 83)
77. Menyatakan kesedihan (ayat 84)
78. Minta simpati (ayat 88)
79. Mengingatkan kesalahan (ayat 89)
80. Meminta kepastian (ayat 90)
81. Memberi kemaafan (ayat 92)
82. Menempelak (ayat 96)
83. Mempersilakan (ayat 99)
84. Menggesa (ayat 99)
85. Bersyukur dan memuji Tuhan (ayat 100)
86. Berdoa (ayat 101)
Jelas sekali tidak terdapat dalam surah Yusuf, dialog bercumbu-rayu. Apabila saudara menulis novel cinta Islami, hasil analisis di atas menjadi sangat relevan.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home