Mencari dan Mencuri Penulis
Jikalau saudara hendak memulakan bisnes sebagai penerbit, lazimnya perkara pertama yang saudara fikirkan adalah: “Di mana hendak mencari manuskrip?”
Lazimnya, langkah pertama yang saudara lakukan adalah menghubungi penulis-penulis yang sudah menerbitkan karya mereka dengan penerbit lain. Dalam bahasa biasa langkah ini dikatakan “mencuri penulis”.
Apakah kelemahan langkah mencuri penulis?
1. Disebabkan saudara 'orang baru' dalam dunia penerbitan, penulis-penulis 'besar' tidak menaruh kepercayaan ke atas kredibiliti saudara. Malah mereka malu karya mereka diterbitkan oleh penerbit yang tidak terkenal.
2. Sebagai penerbit baru saudara terpaksa menawarkan royalti yang lebih tinggi dengan harapan penulis-penulis besar itu tertarik dengan tawaran itu. Tetapi sebagai penerbit baru, mereka tidak percaya saudara dapat memasarkan buku mereka dengan berkesan. Maksudnya, walaupun saudara menawarkan royalti tinggi, tetapi saudara belum tentu pandai menjual buku.
3. Penulis-penulis besar yang saudara hubungi itu akan menceritakan kepada penerbit mereka akan lamaran yang mereka terima daripada saudara. Jika saudara menggunakan emel bagi melamar mereka, emel itu akan mereka hantar kepada editor mereka. Maka pecahlah rahsia saudara. Ini akan merosakkan hubungan baik saudara dengan penerbit besar itu, suatu kerugian besar, sebab belum-belum saudara sudah cuba mencuri penulis mereka.
4. Apabila saudara berjaya mendapat manuskrip daripada penulis itu, lazimnya manuskrip itu bukan manuskrip terbaik mereka. Saudara diberi manuskrip yang sudah ditolak oleh penerbit lain. Apabila saudara terbitkan juga manuskrip kualiti rendah itu, dengan harapan nama besar si penulis dapat membantu jualan bukunya, harapan itu bukan suatu jaminan.
Saudara dapat mencuri penulis hanya apabila penulis-penulis itu tidak puas hati dengan etika bisnes penerbit mereka sekarang ataupun dengan layanan yang mereka terima daripada penerbit itu. Jadi, carilah penulis besar yang tidak puas hati. Tetapi itu pun bukan jaminan saudara dapat mencuri mereka disebabkan sebagai penulis besar, bukan saudara seorang yang mengejar mereka!

0 Komen :
Post a Comment
<< Home