Rancangan Silap Mata di KPM
Baru-baru ini kita menghadiri suatu majlis forum yang diadakan sempena sambutan Bulan Merdeka.
Dalam forum itu salah seorang panel memberitahu kepada hadirin gosip yang beliau dapat tahu daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai kononnya Kementerian Pelajaran Malaysia sudah bersedia akan menaikkan markah kelulusan bagi mata pelajaran bahasa Inggeris, sains dan matematik PMR supaya 45% dapat lulus dengan gred A.
Implikasi daripada rancangan itu adalah, ramai pelajar luar bandar dan anak-anak daripada keluarga yang ibubapanya tidak bercakap Inggeris di rumah, yang melopong dalam kelas bahasa Inggeris, matematik dan sains, akan diberi gred A. Adakah mereka akan diberi gred A lagi dalam SPM nanti?
Syabas! Malaysia Boleh!
4 Komen :
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr. Ainon, pasal silap mata tu saya sudah lama dengar daripada kalangan pendidik. Saban tahun kita disajikan dengan berita peningkatan peratusan keputusan PMR dan SPM. Hakikatnya pihak tertentu manaikkan graf peratusan keputusan. Bagi saya ia adalah satu penderhakaan paling besar. Mengapa kita harus menyorokkan kelemahan majoriti anak bangsa kita.
Sebenarnya saya sendiri kecewa dengan sistem pendidikan negara kita. Apabila saya melangkah ke pusat pengajian tinggi saya sedar kekecewaan saya bertempat. Semasa dibangku sekolah ibubapa akan menekankan anak-anak untuk mendapat straigt A. Apa yang berlaku kepada saya sangat memberi kesan sehingga hari ini, saya sehingga dipaksa resign keahlian saya sebagai Ahli Kelab Teater dan Budaya sekolah dan dilarang sama sekali menonton pementasan kelab saya yang menjuarai pertandingan teater peringkat negeri tahun itu.
Sebabnya tahun tu adalah tahun SPM saya. Namun jika tidak kerana saya berkecimpung dalam kelab dan persatua disekolah saya akan menyesal seumur hidup kerana disitulah saya belajar sesuatu yang saya tidak akan dapat di bilik darjah dan di rumah.
Di IPT suasana sedikit berbeza, kaedah suapantidak diguna pakai seperti di sekolah(walaupun ada segelintir pensyarah yg mengajar mengguna kaedah ini). Di IPT saya benar-benar belajar dan berfikir.
Pembentukan kendiri banyak dibentuk ketika dibangku sekolah dan mempengaruhi cara individu berfikir dan bertindak. Majoriti pelajar mempunyai perasaan takut untuk menyuarakan pendapat dan bertanyakan soalan. Trait begini menjadi ciri utama pelajar Malaysia tanpa mengira bangsa. Negara tanpa sedar menghasilkan tenaga kerja yang tak mampu berinovasi kerana tidak mahu berfikir keluar dari kepompong yang menyelesakan. Saya mahu keluar dari kepompong itu dan bukan saya seorang tapi seluruh anak bangsa Malaysia perlu keluar daripada kepompong itu.
Malangnya sekolah adalah makmal dan pelajar adalah bahan eksperimen bagi Kementerian Pelajaran seperti yang sudah-sudah. Hasilnya lihatlah sendiri anak bangsa kita.
Saya sangat bersetuju dengan apa yang sdri kemukakan. Dalam bidang psikologi banyak kajian mendapati tidak ada korelasi antara markah peperiksaan dengan kejayaan di tempat kerja. Tidak ada bukti jumlah A membantu prestasi tinggi dalam profesion yang diceburi. Karpal Singh adalah pemegang ijazah kelas 3!
Ilmu pengetahuan amat penting kerana ilmu meninggikan bangsa, kerana ilmu memakmurkan negara. Tetapi bangsa berilmu tidak hanya menyimpan ilmu di dada tetapi berani berdiri dan berhadapan dengan cabaran dan tidak gentar bersuara.Tapi kalau hanya bersuara tanpa ilmu didada, maka bangsa kita akan pincang sana-sini. Saya percaya dalam kehidupan kita tidak boleh melebihkan sesuatu dengan mengurangkan sesuatu. Nasihat ini kepada diri saya sendiri sebenarnya. Saya amat menghargai usaha Dr. Ainon sebagai seorang aktivis, seorang yang berdiri berhadapan dengan cabaran untuk meningkatkan mertabat ilmu dan bahasa. Syabas Dr.
Post a Comment
<< Home