Monday, April 10, 2006

Pesta Buku Melayu anjuran MPH!

Kumpulan MPH adalah syarikat rangkaian superstore buku yang paling komited dalam usaha mempromosi pengarang, buku-buku dan penerbit tempatan yang menerbitkan buku-buku bahasa Melayu.


MPH akan mengadakan siri pesta buku-buku Melayu di lokasi-lokasi kedai MPH yang strategik di seluruh negara, mulai bulan Mei hingga Ogos 2006.


Ini adalah peluang baik bagi penerbit buku-buku Melayu mempromosi nama dan judul-judul terbitan mereka. Semua kerja-kerja menganjurkan pesta itu akan dijalankan oleh kakitangan MPH. Para penerbit akan dikenakan yuran, tetapi jumlahnya belum ditetapkan.


Penerbit dikehendaki melakukan 2 perkara sahaja:

  1. Membekalkan stok buku-bukunya kepada MPH.

  2. Mengadakan pelbagai aktiviti, seperti sesi berkenalan dengan pengarang dan seumpamanya, sepanjang pesta, khususnya pada hari Sabtu dan Ahad, bagi menarik pengunjung datang ke pesta.


Ini adalah salah satu daya usaha MPH membangunkan pasaran buku-buku bahasa Melayu.


2 Komen :

At 5:05 PM, Blogger ok Berkata ...

Boleh lah saya turut serta nak promosi buku memandangkan tak sempat terbit masa pesta buku hari tu. Harap-harap saya diundang oleh PTS nanti. :D

 
At 9:09 PM, Blogger Panaharjuna Berkata ...

saya pun nak juga puan, boleh?

 

Post a Comment

<< Home