Sudah Mengedar, Masih Punya Pengedar
Adakah saudara berminat mengedarkan sendiri buku-buku terbitan saudara?
Pilihan yang terbaik bagi penerbit adalah mengedarkan sendiri buku-buku yang saudara terbitkan. Memang ini melibatkan kerja yang banyak, pertambahan kakitangan, dan leceh.
Jika saudara mahu syarikat saudara membesar, saudara tidak ada pilihan, melainkan menubuhkan jabatan khidmat pelanggan, pengedaran dan pemasaran. Semua penerbit besar menggunakan khidmat pengedar profesional dan pada waktu yang sama mereka juga mengedarkan buku-buku mereka sendiri.
Pengedar-pengedar yang ada dalam pasaran mempunyai kekuatan masing-masing. Lazimnya mereka mengkhususkan jenis-jenis produk yang diedarkan. Sebagai contoh, syarikat Fajar terkenal sebagai pengedar novel-novel Melayu terbesar. Ertinya, Fajar tidak pandai mengedarkan buku-buku sekolah.
Syarikat al-Hidayah kuat dalam sektor buku-buku agama. Syarikat Mehraj kuat dalam sektor buku murid, manakala Crescent kuat dalam sektor buku-buku perpustakaan. Perdana Marketways kuat dalam sektor eksiklopedia dan set buku-buku rujukan jualan langsung ke sekolah. Ujana Ilmu pula menjual buku secara on-line.
Faktor pengkhususan inilah yang menyebabkan saudara mesti mengedarkan sendiri buku-buku saudara, walaupun saudara sudah melantik pengedar.
Bagi saudara yang memerlukan maklmumat tentang nama-nama pengedar, sila rujuk laman www.pts.com.my, klik pada PENGEDAR.
1 Komen :
Puan Ainon,
Terima kasih atas promosi ini. Cuma sedikit pembetulan, laman web Ujana Ilmu ialah www.ujanailmu.com.my - ada broken link di situ.
Terima kasih.
ikhlas,
Nisah Hj Haron
Ujana Ilmu
Post a Comment
<< Home