Monday, July 31, 2006

Bakat Begini Dapat Digilap

Sudah lama aku tidak ketemu Holmes. Perkahwinanku telah menjarakkan kami berdua. Kebahagian yang kukecapi dan keseronokan menempuh alam rumahtangga, menyebabkan aku lebih banyak menumpukan masa di rumah. Sementara Holmes, dengan jiwa bebasnya yang tidak gemar bergaul dengan masyarakat, masih menetap di rumah kami di Baker Street.

Holmes aysik dengan timbunan buku-buku lamanya. Kadang-kadang dia khayal antara sedutan najis candu dan kadang-kadang dia tenggelam dalam dunia angan-angannya. Seperti lazimnya, dia amat tertarik dengan hal-hal jenayah. Dia banyak membantu menyelesaikan kes-kes yang memeningkan kepala pihak polis dengan menggunakan kelebihan pengamatan dan ketelitiannya menjejak petunjuk.

Dari semasa ke semasa, aku terdengar berbagai kisah mengenai dirinya; cerita pemergiannya ke Odessa bagi menyelesaikan kes pembunuhan Trepoff, kisah dia menyelesaikan kes penganiayaan adik-beradik Atkinson di Trincomalee, dan juga mengenai kejayaan misinya membantu keluarga diraja Belanda. Walau bagaimanapun, kisah-kisah ini kebanyakannya kuketahui melalui akhbar. Selain daripada itu, aku tidak mempunyai banyak maklumat mengenai sahabat dan teman lamaku itu.

Terjemahan oleh Sazmy

.