Monday, July 31, 2006

Bakat Begini yang Dicari!

Lamo do'oh dah ambo tak jumpa dengan Holmes. Ho la, lepas ambo nikoh tu gak, ambo ghaso sayup-sayup doh dengan dia. Buleh jadi sebab ambo ghaso sedap dok di ghumah dengan oghe tina ambo dan jugo doh sibuk kat ghumah, ambo jadi lagu tu, tapi Holmes ni pula dok bowa peghanga dia hok lamo tu, hok cagho oghe Bohemia tu laa, baso jenis oghe tak suka campo dengan oghe kampong.

Dia dudok ghumah lama di Jale Baker lagi, tapi dok peghabih maso baco buku, lepas tu dok cuba dok pelepas dari ketegih najis dadoh, tapi masih lagi dok berange-ange tinggi.Tapi dia masih dok beghehi kaji kes-kes jenayah, dok tolong polis selesai kes-kes beghat, ho'laa..hok polis tak gheti nak buat lagu mano doh tu.

Dengar cighito dia ada gi sampai ke puncok Odessa, sebab nak selesai kes bunuh Trepoff. Lepas tu ada juga denga kabar dia selesai kes nyayo adik-beradik Atkinson di Tricomalee, dan hok so lagi tu dia sampai buleh selesai kes Keluarga Raja Belando.

Terjemahan oleh Alang Bidara.


.

10 Komen :

At 3:54 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Seronok baca terjemahan saudara.

 
At 4:09 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya sangat suka! Rasa jelira....

 
At 4:18 PM, Anonymous Roslili Berkata ...

Tak puas pulak baca cerita Holmes ni, sambungklah lagi, sedap betul! Bujang tua ni hisap najis dadah rupa-rupanya, saya sangka dadah ni benda baru.

 
At 4:43 PM, Blogger rastom Berkata ...

hahaha! hok ni comey, negeghi sembile pula!

 
At 5:34 PM, Blogger Web Sutera Berkata ...

huk alahh...suma elok..ermm *sigh*

 
At 5:52 PM, Anonymous Kak Wan Berkata ...

Kalau PTS terbitkan terjemahan Sherlock Holmes Kedah oleh En Rastom dan Sherlock Holmes Kelantan oleh En Alang, saya akan beli dua2nya!

 
At 1:47 PM, Anonymous Dr. Watson Berkata ...

Saya dah baca Sherlock Holmes Kedah, Perak dan Kelantan, saya paling suka yang Kelantan, walaupun saya orang Kedah. Ayat "....sayup-sayup doh..." cukup indah bagi saya!

 
At 7:56 AM, Anonymous watson nyambek Berkata ...

saya pula orang kelantan, tapi cukup suka dengan loghat kedah.....yang kadang kadang bunyi macam "sepoi-sepoi language"

 
At 9:54 AM, Anonymous Mbak Sumirah Berkata ...

Saya Jawa tapi dah tak tahu nak terjemah ke dalam bahasa Jawa. Saya cadangkan terjemahan Sherlock Holmes dalam bahasa2 loghat boleh PTS terbitkan cara POD dan jual melalui kedai PTS on-line. Kita mesti selamatkan bahasa2 loghat dari pupus sebab bahasa adalah ciptaan Allah SWT, wajib kita pelihara. Saya tahu Puan Ainon pun Jawa, di Johor masih banyak Jawa, mereka boleh beli Sherlock Holmes Jawa.

 
At 12:25 PM, Blogger rastom Berkata ...

lho....bisa ngetop banget pak!

 

Post a Comment

<< Home