Lelaki Tampan dan Perempuan Cantik: Prinsip Surah Yusuf
Hero dan heroin yang terdiri daripada lelaki tampan dan perempuan jelita adalah salah satu unsur keindahan pada kisah surah Yusuf.
Ketampanan Nabi Yusuf digambarkan dengan dua cara:
(a) Apabila perempuan-perempuan Palestina yang menjadi sahabat isteri al-Aziz terpandang Nabi Yusuf, mereka tidak percaya bahawa makhluk yang ada di depan mereka itu adalah manusia biasa. Mereka percaya yang mereka pandang itu adalah malaikat yang menyerupai manusia. Kata mereka, "Ini bukanlah manusia, tidak lain, ini malaikat yang mulia!" (ayat 31)
(b) Pada saat itu mereka masing-masing sedang memegang pisau buah, tetapi apabila mereka terpandang Nabi Yusuf, tanpa disedari, tangan mereka terluka oleh pisau yang dipegang. (ayat 31)
Kita tidak diberitahu tentang kejelitaan isteri al-Aziz tetapi ada disebutkan bahawa Nabi Yusuf tidak membalas cinta wanita itu disebabkan beliau takut kepada Allah (ayat 24). Dari sini kita dapat menyimpulkan bahawa wanita itu memiliki daya tarikan.
Berdasarkan surah Yusuf, bagi menghasilkan sebuah kisah yang indah, hero dan heroinnya hendaklah tampan dan jelita. Unsur ini amat jelas digunakan dalam industri filem.

.
3 Komen :
sama juga halnya dalam konsep 'packaging' barangan konsumer, bungkusan yang cantik dan grafik yang menarik. Air gamat yang berkhasiat pun orang tak pandang sebab pengusanya tak kisah sangat bab ini.
Mr. Rastom! kik kik kik.... bukan minyak gamat sahaja. Banyak 'obat kuat' untuk kesihatan lelaki menggunakan gambar2 lelaki2 tua wajah kampungan, siap dengan songkok dan serban! Perempuan2 muda yang bekerja dan berduit tengok gambar lelaki2 itu pun rasa geli-geleman.... macam mana nak suruh mereka membelikannya untuk suami masing2? Suami mereka masih hensem2, tak macam gambar2 lelaki tua itu....(Ketawa lagi!)
Ya, tetapi dalam al-Quran juga diingatkan supaya lelaki dan perempuan saling menjaga pandangan. Yang cantik dan yang kacak tidak boleh ditenung lama-lama!
Bagaimana agaknya hendak praktikkan hal ini dalam filem?
Post a Comment
<< Home