Nama Penulis: Rugi tetapi Untung
Nama-nama penulis adalah harta mahal bagi sesebuah penerbit. Penerbit-penerbit kecil sukar berkembang jikalau ia tidak mempunyai nama-nama pengarang yang terkenal. Jadi, sesebuah penerbit itu bangga sekali apabila dalam senarai penulis-penulisnya terdapat banyak nama-nama penulis yang terkenal.
Nama-nama penulis terkenal menyebabkan penerbit menikmati 2 perkara:
1. Daripada sudut bisnes, apabila penerbit itu dipercayai oleh penulis-penulis terkenal, mudahlah penulis-penulis lain meletakkan kepercayaan kepada penerbit itu. Sebagai contoh, apabila penerbit ABC berjaya menerbitkan karya Prof DiRaja Ungku Aziz, maka penulis-penulis lain percaya penerbit itu adalah penerbit yang boleh dipercayai, hasilnya mereka mahu menyerahkan karya mereka bagi diterbitkan oleh penerbit ABC.
Tetapi, yang sebaliknya juga berlaku. Apabila penerbit itu menerbitkan karya penulis yang tidak mempunyai kredibiliti, orang ramai akan mempunyai persepsi negatif terhadap penerbit itu. Sebagai contoh, penerbit XYZ mempunyai nama-nama penulis yang terkenal, tetapi mereka terkenal sebagai penulis novel-novel picisan, seperti novel seram dan novel cabul, ini menyebabkan penulis-penulis besar tidak mahu menyerahkan karya mereka kepada penerbit XYZ itu.
2. Nama-nama penulis terkenal membantu 'branding' dan promosi nama penerbit itu. Buku karangan Ungku Aziz mudah dipromosikan disebabkan stesen-stesen TV dan akhbar suka mempromosikan buku yang ditulis oleh tokoh seperti beliau. Apabila tokoh seperti Ungku Aziz itu dan bukunya disorot oleh media, nama si penerbit ABC ikut 'tumpang semangkuk'.
Inilah faktor yang mendorong para penerbit itu berusaha keras mendapatkan peluang menerbitkan karya tokoh-tokoh terkenal. Buku yang diterbitkan itu sendiri mungkin tidak berapa laku jualannya, malah si penerbit mungkin rugi, tetapi nilai sebenar buku itu terletak pada 'nama baik' atau 'good will' si tokoh yang mengarang buku itu.
.

0 Komen :
Post a Comment
<< Home