Wednesday, August 02, 2006

Terjemahan: Bukan 1 tetapi Banyak Versi

Apabila saudara hendak menterjemah sesebuah karya sastera, saudara mesti memilih untuk menterjemahkan karya itu bagi menghasilkan versi yang bagaimana, dan untuk bacaan siapa, yang saudara mahukan.


Sebagai contoh, saudara boleh menterjemahkan siri Sherlock Holmes untuk versi bacaan pelajar sekolah menengah. Ini bermakna saudara tidak perlu mengekalkan kesemua ciri-ciri asal karya itu. Saudara hanya perlu mengambil intipati cerita itu sahaja, dan tulis semula cerita itu sesuai dengan gaya bahasa yang digemari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah.


Kalau saudara hendak menterjemah Sherlock Holmes sebagai sebuah karya sastera Ingeris klasik, untuk bacaan para pengkaji sastera, maka saudara buatlah terjemahan lain bagi tujuan itu. Ini bermakna saudara perlu menterjemah setiap ayat dalam karya asalnya dan mengekalkan semua ciri-ciri gaya bahasa Inggeris klasik pada zaman itu.


Makanya, apabila saudara memohon hakcipta terjemahan daripada pemegang hakcipta, nyatakan dengan tepat terjemahan jenis apa yang saudara akan hasilkan.



2 Komen :

At 4:39 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Assalamualaikum,
Saya baru nak bertanya tetapi dah dapat jawapan. Terima kasih.

 
At 6:37 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya pun sama dengan ainin naufal !
nak menterjemah perkataan demi perkataan memerlukan kekerapan merujuk kamus. Saya dah biasa merujuk kamus dewan ( Manual )sewaktu membaca / menulis dan untuk tugasan menterjemah saya merujuk E kamus Inggeris Melayu (DBP), apa pun saya menyedari minat dan bakat saya bukan dalam penterjemahan secara formal. Saya lebih mesra dengan kamus dewan iaitu semasa menulis dalam bahasa Melayu ( peringkat awal menceburi dunia penulisan - puisi dan esei )Dalam latihan asas menterjemah kita boleh mendapat jawapan kepada persoalan mengenai bakat atau minat yang diutarakan oleh puan Ainon

 

Post a Comment

<< Home