Bakat Begini yang Dicari!
Lame juge le teman tak berjumpe dengan Holmes. Sejak teman berkahwin, teman rase hubungan teman dengan die udoh makin jauh. Ate, teman bahagie dengan bini teman. Keroje pun makin banyak. Maklumle, jadi ketue keluarge. Sibuk memanjang le gamaknye. Si Holmes ni pule, masih dengan tebiat lamanya. Susah bebenor nak bercampur dengan orang. Die tinggal lagi di rumah kami , berteman dengan buku-buku lamenye.
Die ni ketagihan dadah, tapi cuba juge berubat. Sempat juge die berangan-angan tinggi. Die tetap gemo dengan kes-kes jenayah ni. Suke bebenor. Die selalunye dapat selesaikan misteri kes-kes yang mata-mata jenuh memikio.
Kadang kale ade juge teman mendengar cerite die. Cerite die pergi Odessa siasat ke bunuh Trepoff dan juge cerite die selesai kes adik-beradik Atkinson di Trincomalee. Yang paling teman suke, cerite die selesaikan kes keluarga Raja Belande. Cemerlang khabonye. Lain dari itu, idak le teman tahu heinye.
Terjemahan oleh Yusri Adzir
5 Komen :
Asalamualaikum puan Ainon. Selepas membaca terjemahan dalam bahasa loghat2 nie, saya makin keliru. Cerita Sherlock Holmes tu cerita orang putih yang berlaku di England. Dia bukan orang Kedah, Kelantan ataupun Perak. (....sambil garu-garu kepala) Tak salahkah kalau pembaca sangka Arthur Conan Doyle tu orang Melayu Kedah yg duduk di Englad, dan dah pakai nama orang putih? (....garu-garu lebih kuat!)
Saya terkejut membaca terjemahan Kedah, Kelantan dan Perak yg lebih sedap dari terjemahan gaya Bahasa Melayu baku. Yang baku tu macam masih terasa "hanyir" Inggerisnya (meminjam istilah tuan Rastom).
Saya cadangkan PTS gunakan Lateral Thinking Puan Ainon, cuba terbitkan Sherlock Holmes loghat, mesti laku!
Masih terasa hanyir Inggerisnya? Yang baku alamatnya jadi beku dan kaku. Punah karya Melayu. Hai, entahlah...
Sepatutnya, kita kena biasakan dengan yang betul dan betulkan yang biasa. Dalam tulisan/karya, tolonglah jangan berloghat/ berdialek. Gunakan bahasa Melayu baku@Melayu Tinggi! Sumbangkanlah yang baik-baik untuk bangsa Melayu dan tamadun Melayu.
Encik Suhaimi oii!
Bahasa yang baku bukan bermakna ada 1 laras sahaja. Ada BM (Malaysia baku, Indonesia baku, klasik baku)... Bahasa baku tahun 50'an, tahun 70'an, tahun 90'an.....
Al-Quran pun ada 7 'huruf', setiap satu diterima sebagai bacaan yang betul. Kalau baca Quran pakai 1 lagu, kena baca semuanya pakai lagu itu saja, tak bolehlah baca Quran campur2 lagu.
Sistem ejaan Quran pun ada lebih dari 1 sistem, semuanya diterima sebagai betul.
Bahasa loghat pun macam itulah, kalau tulis dalam loghat Kedah, tulis semuanya dalam loghat Kedah yang baku, jangan campur2 loghat dalam satu buku. Kalau tulis dalam loghat Kelantan, tulis dalam loghat kelantan saja, jangan pulak campur2 ada ayat dalam loghat Kedah, ada ayat dlm loghat Kelantan, itu yang tak betul.
Cuba tengok sekarang, banyak novel2 popular ditulis campur2, ada ayat ditulis dalam BM baku, kemudian dialognya ditulis dalam loghat pasar, loghat kaki lima, loghat disko, loghat separuh belut, separuh ular.... Itu sebenarnya yang merosakkan BM baku.
Kalau nak tulis buku dalam BM baku, tulis seluruh buku itu dalam BM baku, jangan capur dengan loghat, ataupun campur aduk dengan ayat-ayat bahasa asing. Kalau nak tulis dalam loghat Kedah, tulis dalam loghat Kedah yang baku (loghat orang Alor Star).
Wallahua'lambissawab...
Ape ape ajele...aseikan kome smue bahagie....
Teman rase nak bace yang asli aje...hanyir pun hanyir le...asei kan hati teman bahagie....tak ade memeningkan kepale memikiorkan dialek-dialek kome ni ha!!
ummph! alahai!...
Bile le melayu nak maju, asyik begaduh dan me'layu'....
Post a Comment
<< Home