Bakat Begini yang Dicari!
Holmes dah lama aku tak jumpa. Sejak aku bernikah aku rasa semakin renggang dengan dia. Bahagia yang aku rasa sejak berbini dan rasa gagah jadi ketua rumah buat aku selalu sebok, tapi Holmes, dengan perangai dia yang tak suka berguil dengan orang, la ni dok lagi di rumah kami di Baker Street, bergelumiang dengan buku buku buruk, sambil dok lawan ketagih candu, sambil dok layan angan angan besaq.
Lagu manapun dia teruih juga minat dok kaji jenayah. Dengan penuh jiwa raga dia cuba cari jejak jejak, sambil usaha selesai semua misteri yang polis tak boleh buat. Kadang kadang ada juga aku dengar cerita pasai dia; dia kena pi Odessa pasai kes bunuh Trepoff, dia bongkaq tragedi adik beradik Atkinson di Trincomalee, dan berjaya selesai masalah yang dok buat penin kepala keluarga diraja Belanda.
- klik Rastom
.
Lagu manapun dia teruih juga minat dok kaji jenayah. Dengan penuh jiwa raga dia cuba cari jejak jejak, sambil usaha selesai semua misteri yang polis tak boleh buat. Kadang kadang ada juga aku dengar cerita pasai dia; dia kena pi Odessa pasai kes bunuh Trepoff, dia bongkaq tragedi adik beradik Atkinson di Trincomalee, dan berjaya selesai masalah yang dok buat penin kepala keluarga diraja Belanda.
- klik Rastom
.
15 Komen :
*sigh*
Nampak gayanya syarat utama puan ainon sendiri iaitu "mesti mempunyai bakat menghasilkan ayat-ayat yang indah dalam bahasa melayu" boleh saja di'bakul sampahkan' atau mungkinkah saya ini kurang mengerti..perlu baca sekali lagi di antara garis-garis ayat puan ainon itu?
kawe ghaso, dialek kelate lagi molek..hehehe
Salam..
Saya mohon sangat-sangat untuk berbeda pendapat. Telah saya katakan, saya membesar dengan bahan sastera Inggeris disebabkan polisi pendidikan di kala itu. Tetapi guru bahasa melayu saya juga telah memperkenalkan bahan sastera melayu seperti karya Anas K. Hadimaja, SN Shahnon Ahmad dllnya..
Sebagai ahli akademik di institusi pengajian tinggi, terutamanya kejuruteraan, saya selalu tekankan kepada pelajar kepentingan penguasaan bahasa asing. Agar bangsa kita tidak berada di tahap atau takuk lama, berupaya merekacipta instrumen dan peralatan(bukan hanya tahu pakai dan guna hasil orang lain, enjin kereta pun masih pakai hak orang inikan lagi senjata dan peluru berpandu..bayangkan sekiranya terjadinya peperangan di negara ini...na'uzubillah!) terutama dalam proses pemindahan ilmu teknologi terkini.
Sebagai orang beragama Islam, kita juga disuruh supaya apabila melakukan sesuatu perkara itu biar berkonsepkan ihsan(salah satu dari hadith 40) - melakukan dengan terbaik sekali..oleh itu penguasaan akan sesuatu bidang, termasuklah bahasa, semestinya itu biarlah sampai habis hati...
Dalam pada itu, saya juga sayang, teramat sayang akan bahasa ibunda kita. Tetapi adakah dengan teramat inginnya kita mahu mendaulatkan bahasa melayu kita maka kita mempunyai lesen untuk mencincang karya asal dalam bahasa orang lain?
Saya akan berfikir seratus kali sebelum mahu memiliki karya terjemahan sebegini..
Mohon ampun jika tersinggung...
*sigh*
ermm it seems make send on what NeenaUmi says, in one way or another.
On the other hand, saya dibesarkan dlm lingkungan bahasa kelate, budak kampung. Saya mahirkan BI saya dgn membaca buku2 BI di sekolah, univ & masa kerja. Saya merujuk kpd kamus setiap kali baca buku2 BI. Dgn cara demikian, daftar kata BI saya semakin meningkat.
Mmg kita dituntut utk belajar & memahami BI atau bahasa2 lain, kerana itu sbhg dari kewajipan menuntut ilmu dlm Islam. Dan saya kira BM kena dipaksikan pada bahasa yg. bukan rojak, kerana bahasa rojak atau dialek akan merosakkan keindahan BM piawai.
Sekadar di pinggiran..
Salam ukhuwah...
Lamo do'oh dah ambo tak jumpa dengan Holmes. Ho la, lepas ambo nikoh tu gak, ambo ghaso sayup-sayup doh dengan dia. Buleh jadi sebab ambo ghaso sedap dok di ghumah dengan oghe tina ambo dan jugo doh sibuk kat ghumah, ambo jadi lagu tu, tapi Holmes ni pula dok bowa peghanga dia hok lamo tu, hok cagho oghe Bohemia tu laa, baso jenis oghe tak suka campo dengan oghe kampong. Dia dudok ghumah lama di Jale Baker lagi, tapi dok peghabih maso baco buku, lepas tu dok cuba dok pelepas dari ketegih najis dadoh, tapi masih lagi dok berange-ange tinggi.
Tapi dia masih dok beghehi kaji kes-kes jenayah, dok tolong polis selesai kes-kes beghat, ho'laa..hok polis tak gheti nak buat lagu mano doh tu. Dengar cighito dia ada gi sampai ke puncok Odessa, sebab nak selesai kes bunuh Trepoff. Lepas tu ada juga denga kabar dia selesai kes nyayo adik-beradik Atkinson di Tricomalee, dan hok so lagi tu dia sampai buleh selesai kes Keluarga Raja Belando.
Selain pada tu gak, ambo tak dok denga khoba gapo-gapo lagi la pasal saing ambo Holmes tu.
Alang Bidara (31 Julai 2006)
Hahahaha...sangat melucukan jika ini yang dikatakan sebagai translation yang indah!
Saya bukan seorang penterjemah profesional tapi arif la juga dalam bab2 menterjemah dari BM to English and English to BM. Jika inilah terjemahan yang di cari, hanya merosakkan bahasa malaysia.
apakah ini hala tuju PTS dalam menterjemah sastera Inggeris ke sastera melayu?
hentam saje laa labuuuu...
ikan itu baru saya basuh, buang kulit selaput hanyir inggerisnya, baru sapu garam kunyit melayu kedah......janganlah dimakan lagi, belum digoreng. Saya pun faham, puan Ainon takkan menjual ikan yang belum sempurna masak...hehehehe
Saya setuju dengan apa yang ditulis oleh En Rastom.... kena buang habis hanyir2 Inggeris baru sedap dibaca dalam bahasa Melayu. Rasanya kalau Sir Arthur Canon Doyle masih hidup, dia setuju dengan En Rastom.
....ataupun mungkinkah Sir Arthur Conan Doyle akan menggali dirinya keluar dari kubur dengan pedang terhunus?
Bahasa melayu standard dan loghat Melayu mengikut negeri masing-masing ada keindahan tersendiri. Individu yang ingin membakul sampah loghat orang lain yang menterjemah karya ini rasanya orang bandar yang tidak ada apa-apa loghta yang boleh dipertuturkan....Pandangan NeenaUmi saya tolak 70%, puan perlu membaca buku TEKNIK PENTERJEMAHAN (baru saya miliki) kita menterjemah ada dua cara iaitu penterjemahan setiap huruf dan penterjemahan mengikut budaya.... Puan mungkin tidak mengetahui perkara ini sehingga mudah melabelkan orang lain mencincang karya asal dan bahasa orang lain....Sebenarnya saya secara peribadi tersinggung kerana puan neenaumi memberi kesimpulan dari asas yang puan sendiri tidak pasti...
tee meng fook,
Pembetulan, bukan Puan Neena Umi. Tapi Prof. Madya Neena Umi.
Walau apapun saya sokong pendapat anda. Saya juga bangga kalau ada penterjemah yg boleh terjemahkan karya klasik ini ke dalam bahasa Jawa, iaitu bahasa ibunda saya.
Syabas Tuan Rastom ! Pada mulanya saya ingat ayat yang begitu indah yang penuh dengan banyak makna dalam satu ayat adalah hasil karya Tuan Khalid Jaafar.
Sekelip mata terbuka dan tertutup maka nama yang bergelar Rastom muncul. Hebat! Hebat! Kagum! Kagum..Tiada kesalah ejaan dan bahasa berbanding dengan Yusri Adzir!
Haha.
Terima kasih atas pembetulan itu, Puan Aina Naufal... Jadi itulah pandangan saya untuk prof madya Neena Umi
Post a Comment
<< Home