Terjemahan: Apa yang Dicari
Apabila mencari penterjemah, apakah kriteria paling atas - calon yang berminat ataupun calon yang berbakat?
Jawapannya: Calon yang berbakat.
Orang yang memiliki bakat belum tentu mempunyai minat. Manakala orang yang berminat belum tentu mempunyai bakat.
Bakat adalah anugerah Tuhan. Kalau ada, ada. Kalau tidak, tidak.
Minat mungkin datang daripada bakat, tetapi selalunya minat ditimbulkan oleh faktor-faktor luaran, seperti dorongan mencari wang, mencari nama, pengaruh sekitaran dan lain-lain. Maka seseorang itu mungkin mempunyai minat yang menggebu-gebu dalam bidang yang dia tidak mempunyai bakat.
Jawapannya: Calon yang berbakat.
Orang yang memiliki bakat belum tentu mempunyai minat. Manakala orang yang berminat belum tentu mempunyai bakat.
Bakat adalah anugerah Tuhan. Kalau ada, ada. Kalau tidak, tidak.
Minat mungkin datang daripada bakat, tetapi selalunya minat ditimbulkan oleh faktor-faktor luaran, seperti dorongan mencari wang, mencari nama, pengaruh sekitaran dan lain-lain. Maka seseorang itu mungkin mempunyai minat yang menggebu-gebu dalam bidang yang dia tidak mempunyai bakat.
11 Komen :
Perkongsian idea puan dan ahli panel yang lain di Forum Penulis : Hobi atau Ganjaran sempena Pesta Buku Selangor 2006, mempunyai kaitan antara Bakat dan Minat.Atas faktor minat saya menghadiri majlis tersebut dan dengan bakat yang ada terhasillah puisi bertajuk Hutan yang akan saya "terjemahkan" dalam usaha saya merealisasikan penerbitan buku SUARA DARI SEBALIK TEMBOK. Semoga saya berpeluang meneruskan sesi pembelajaran di Universiti Terbuka PTS bertitik tolak puisi yang dihasilkan dalam pertemuan pertama saya dengan puan.
HUTAN
Di sini;
pengalaman terkadang menyempitkan
walaupun luasnya hutan
hanya akan bermakna segala sumber
jika di bawa keluar
kerana di luar adalah inspirasi
mematangkan diri
membudayakan ilmu
memperkayakan sumber
memperkasakan budi
meneruskan langkah
mengharungi cabaran
menghirup nikmat kehidupan
menyasarkan pembaca ke sana.
Pesta Buku Negeri Selangor
26 Julai 2006
01 Rejab 1427
Sdr Sallehuddin,
Tolong hantar contoh terjemahan saudara berdasarkan teks yang saya sediakan dalam entri blog ini. Terima kasih.
Puan Ainon
Saya telah mencetak teks tersebut dan mengakui bahawa saya perlu membuat rujukan di kamus kerana kali pertama membacanya, banyak ditemui dengan perkataan / ayat yang belum diketahui sebelum ini.
Betullah seperti yang dikatakan oleh ilmuan bahawa ilmu yang dicari akan menyedarkan dan menemukan kita dengan apa yang kita tidak tahu.
Walaupun saya telah pun memahami teks tersebut melalui usaha yang dibuat oleh http://loghatudunya.blogspot.com/
saya akan membuat rujukan melalui E-kamus untuk mendapatkan makna perkataan yang tidak dapat diterjemah secara sepontan.
Saya tiba di KL pagi tadi dan sedang mengemaskini plan dengan menyusun strategik memulakan kehidupan baru sebagai musafir di kota raya ( lautan ilmu dan rezeki )
*sigh*
Selamat menterjemah utk semua.
Ini Fable Fox
Mula-mulanya ingat nak menterjemah juga. sebagai contoh, terjemahan yang saya buat saya potong yg holmes hisap ganja. sebab hero tak boleh hisap ganja, tak sesuai untuk budaya malaysia. tapi sejak dah mula kerja balik (kerja halal, tapi tak berjenis), ruang waktu untuk menulis terlalu kecil.
kena siapkan buku yg lama yg dah janji dgn penerbit.
Tapi ingat Puan Ainon, buku buku H.G Well, kalau nak terjemah, tegur-tegurlah saya.
ah sukar betul nak tau minat @ bakat.. ada meter spesifik tak untuk mengukurnya?
ini Fable Fox bercakap.
IceSoul :
Minat dan bakat senang diukur sebenranya.
minat menyanyi tapi suara sumbang, anda minat tetapi tak berbakat. tengoklah sesi pengambilan 1 in million, etc.
yang susah ialah, IceSoul, nak tahu bidang apa yang kita berbakat sebenarnya.
sebagai contoh james blunt berminat untuk jadi askar, tetapi dia adalah penyanyi yang berbakat (suara dia hebat).
satu ketika dahulu ada penulis skrip wanita yg teramat hebat (di US), memilih untuk menjadi korespoden tentera sewaktu perang dunia (saya lupa 1 atau 2).
tulis skrip bakatnya, jadi koresponden tentera minatnya. dia sanggup rugi gaji yang tinggi demi minatnya.
kadang kala kita tak tahu apa bakat kita sehinggalah kita mencubanya. sebagai contoh mother theresa (kalau tak silap) mula melukis sewaktu dia berumur 80 tahun, dan dianggap amat berbakat.
banyak contoh saya boleh bagi. tapi itu pun dah cukup.
ada banyak school of thought tentang minat vs bakat. saya pernah lunch dgn puan ainon, dan dia menyokong bakat.
entahlah, mungkin senang nak jadikan orang berbakat menjadi minat daripada mengasah orang berminat agar berbakat?
Fable Fox mengesahkan sesuatu yang saya rasa sekian lama. Hanya satu kayu ukur yang kita ada untuk tahu diri ->kayu ukur minat. Sendiri rasa minat atau tidak. Kayu ukur bakat ada pada orang lain. Projek mencari bakat seperti Bola MyTeam, AF dsb jadi serbuan ramai yang berminat...untuk apa, melainkan untuk di ukur bakat mereka oleh orang lain. Saya pernah temui orang berminat tapi tiada bakat. Belakang parang diasah tajam juga akhirnya tetapi dalam masa yang sama mata parang sebenar bertambah tambah tajam lagi jika diasah.
Hahaha!
Tuan Rastom dan Encik Fable Fox sudah menerangkan dengan tepat mengapa yang kita cari adalah BAKAT, bukan MINAT! Pandai... Pandai... (senyum-senyum sambil goyang kaki...)
A'kum, saya berminat membuat terjemahan karya dari BI ke BM.
Wassalam.
- MENJ
www.menj.org
Assalamualaikum
Ramai orang yang memilih untuk hidup ikut nasib. Contohnya, lepas habis sekolah, ABC ditawarkan masuk ke sebuah IPTA. Dia mungkin pandai dalam biologi. Result SPM telah membuktikannya. Oleh itu, dia terpilih untuk memasuki bidang kedoktoran. Kepandaian dan bakatnya dalam hal belah-membelah memang diakui oleh pensyarahnya.
Tapi itu bukan minatnya. Dia lebih suka melukis, hinggakan darah tikus yang meleleh di meja eksperimennya juga dijadikan bahan lukisan seperti orang membuat lukisan minyak di atas kanvas.
Minat kepada seni lukisan menyebabkan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk itu. Berhabisan membeli peralatan yang mahal, masuk kelas lukisan, hadir bengkel seni, masuk pertandingan melukis dan sebagainya. Akhirnya dia lebih pandai melukis berbanding belah-membelah yang semakin dibenci!
Minat sentiasa menjadi inspirasi dan motivasi untuk melonjak ke hadapan. Sedangkan bakat boleh diasah.
Formula 1:
1 sudu bakat + 10 mangkuk minat x ilmu x latih tubi = dr. sifu
Formula 2:
10 mangkuk minat x ilmu x latih tubi x 0 bakat = tong sampah
Maaf, jika saya menongkah arus. Tapi, pengalaman banyak mengajar...
Post a Comment
<< Home