Trend Jualan Terbaru Buku PTS
Data jualan buku-buku PTS sejak 6 bulan yang lalu menunjukkan perubahan arah angka yang amat ketara dan ini menimbulkan kejutan kepada pengurusan PTS.
Sehingga 2005, perolehan terbesar PTS adalah daripada judul-judul motivasi, dengan buku-buku Ahmad Fadzli Yusuf dan Dr. Danial Zainal Abidin mendahului nama-nama lain.
Tetapi sejak 6 bulan yang lalu, data menunjukkan perolehan daripada judul-judul bisnes mula meningkat dengan amat ketara sehingga telah mengatasi judul-judul motivasi!
Ini tidak bermakna jualan judul-judul motivasi turun. Tidak. Jualan buku-buku motivasi kekal aktif, cuma jualan buku-buku bisnes PTS yang melonjak naik mengatasi kenaikan jualan buku-buku motivasi.
Pengurusan PTS dapat mengikuti prestasi jualan setiap judul hari demi hari disebabkan mulai bulan Januari 2006 kita telah menggantikan sistem pengurusan MYOB dengan sistem SAP dari Jerman yang lebih sesuai dengan perkembangan aktiviti syarikat.
.

0 Komen :
Post a Comment
<< Home