Saturday, August 19, 2006

Mengapa PTS Banyak PTS?

Salah satu pertanyaan yang sering diterima dari penulis yang baru hendak berkenalan dengan PTS adalah "Mengapa PTS banyak PTS? Mengapa tidak macam penerbit lain? - cuma 1 DBP, 1 ALAF21 dan 1 Creative."

Penulis-penulis baru keliru sebab mereka belum tahu buku mereka perlu dihantar kepada PTS yang mana, dan siapa yang menjaga buku mereka nanti. Hantar sahaja manuskrip saudara ke mana-mana anak syarikat, nanti pegawai yang menerimanya akan menghantarkannya kepada anak syarikat yang sesuai.

Lembaga Pengarah PTS meniru strategi bisnes MIZAN Indonesia. Dengan menubuhkan banyak anak syarikat, masing-masing dengan fokus produk yang berlainan, beberapa manfaat positif dapat dikekalkan:

(1) Setiap anak syarikat menjadi penerbit pakar, dengan staf yang berlualiti pakar bagi kategori buku yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Dengan cara ini kualiti dan varieti buku-buku terbitan masing-masing anak syarikat dapat ditingkatkan sepanjang masa.

(2) Staf setiap anak syarikat menikmati kebebasan berfikir secara kreatif dan eksperimental mencari idea-idea baru bagaimana mereka hendak membangunkan syarikat masing-masing menjadi penerbit besar. Strategi ini membolehkan Kumpulan PTS berkembang menjadi gergasi dalam tempoh yang lebih singkat, dengan izin Allah.

(3) Dengan menubuhkan banyak anak-anak syarikat, masing-masing dengan fokus produk masing-masing, PTS mencipta budaya kerja yang kurang kerenah birokrasinya, oleh itu buku-buku dapat diterbitkan dengan cepat.

(4) Dengan strategi ini, Lembaga Pengarah PTS percaya, setiap anak syarikat dapat mencipta peluang-peluang peningkatan kerjaya bagi staf masing-masing dalam organisasi PTS, tanpa perlu mencari kerjaya baru di tempat lain.

Berikut adalah senarai PTS dan pengkhususan masing-masing:

1. PTS Publications & Distributors. Ia mengedarkan buku-buku yang diterbitkan oleh anak-anak syarikat PTS. Pengurus: En. Zaharin zaharin@pts.com.my

2. PTS Millenia menerbitkan buku-buku motivasi dan bacaan popular.
Pengurus: En. Fauzul fauzul@pts.com.my

3. PTS Professional menerbitkan buku-buku akademik, bisnes, pengurusan dan pendidikan.
Pengurus: En Nazrul nazrul@pts.com.my

4. PTS One menerbitkan buku-buku bacaan remaja awal dan remaja.
Pengurus: Pn. Norhazizam norhazizam@pts.com.my

5. PTS Fortuna menerbitkan buku-buku sastera.
Editor: Cik Norashikin norashikin@pts.com.my

6. PTS Islamika menerbitkan buku-buku agama daripada khazanah klasik dalam bentuk kontemporari.
Pengurus: En. Faris faris@pts.com.my

7. PTS Litera Utama menerbitkan buku-buku IBS (International Best-sellers) secara bekerjasama dengan penerbit-penerbit Indonesia. Pemangku
Pengurus: En. Nazrul nazrul@pts.com.my

Banyak penulis PTS menulis untuk beberapa anak syarikat PTS secara serentak. Cara ini amat digalakkan.

Semua anak-anak syarikat PTS mengamalkan dasar-dasar yang sama dalam pengurusan hakcipta, di mana struktur royalti yang ditawarkan adalah berdasarkan garis panduan yang sama.


.