Tuesday, September 05, 2006

Buku Tema Trendi

Apabila saudara menulis buku-buku cerita, pilih tema dan plot cerita yang dapat kekal indah sepanjang masa. Dengan begitu buku saudara dapat dinikmati berpuluh-puluh tahun lamanya. Ini membolehkan penerbit mengulang cetak buku-buku saudara setiap tahun.

Tidak semua cerita dapat bertahan lama dalam pasaran. Laporan dari Amerika mengatakan buku-buku chicklit dan teenlit yang terbit tahun lalu sudah tidak laku tahun ini. Laporan daripada seorang pegawai di sebuah syarikat pengimpot buku di Kuala Lumpur juga mengatakan trend begitu berlaku bagi buku-buku chicklit dan teenlit yang diimpotnya.

Sesetengah tema cerita memang mempunyai musimnya yang singkat disebabkan tema itu dicipta oleh trend-trend dalam media masa. Buku-buku cerita yang ditulis sebagai respons kepada topik-topik trendi tidak dapat bertahan lama dalam pasaran.

Sebagai contoh, apabila majalah MASTIKA berjaya meningkatkan jualannya sehingga 300 ribu sebulan dengan menerbitkan cerita-cerita pelik, TV3 ikut langkah itu dengan menyiarkan siri Misteri Nusantara, maka masyarakat mula berminat dengan topik-topik misteri.

Stesen TV lain pun ikut menerbitkan siri tentang pemburu hantu. Penerbit filem pun ikut cash-in juga dengan menerbitkan filem cerita hantu pontianak. Sekarang ada penerbit buku baru muncul yang ikut memasarkan buku-buku cerita hantu dan kepercayaan karut.

Tema-tema yang dicipta oleh media massa mempunyai hayat pasaran yang singkat disebabkan media massa sentiasa mencipta produk-produk baru dari waktu ke waktu.

Sebagai penulis novel dan buku-buku cerita, elakkan novel dan cerita yang temanya terpengaruh oleh trend-trend citarasa yang dicipta oleh media massa disebabkan tema-tema itu trendi, bukan tema evergreen.



.

3 Komen :

At 12:36 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Bersetuju sangat-sangat!

 
At 3:09 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan,
Saya berpendapat tema terbina oleh keperluan untuk membina meransang ketajaman pemikiran juga jiwa pembaca.
Media dengan minda 'business'nya menjadikan keuntungan adalah agenda.
Namun apa yang berlaku kini isu kemanusiaan akibat penindasan dan ketidakadilan berjaya membawa fokus bahawa jika secara fasif yang berkekalan, pendirian dari dasar politik yang tercemar oleh kuasa melampaui keperluan, tidak diketengahkan, selamanya itu ia akan menjadi fenomena biasa yang akan dianuti oleh banyak negara.
Misalnya,saya memilih suasana manusia di dalam kesesatan,ada keinginan sesuatu kumpulan mahu agar kejahilan berkekalan,di mana pada masa yg sama ada pakatan muslihat agar perpecahan berlaku dan tanpa keseimbangan, konspirasi mudah dibina.( Saya akan sambung ya Puan...mahu ke sekolah ...)

 
At 1:50 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Era canggih mahukan persaingan berlaku secara sihat.Berpaksikan kekuatan ekonomi dgn gandingan syariat bukan pada kedah ekonomi itu sahaja ia dilaksanakan,tetapi lebih utama pelaku pengamal pencetus penggiat sektor eknonomi itu yang amat perlu diberi tekanan.Perubahan bermula dari atas seperti air disiram dari atas membasahi hingga ke pangkal.Kini sesuai dengan suasana rakyat juga boleh dengan hak yang tidak menyalahi undang-undang diberi peluang dgn telus mendidik
'mereka' yang berada di atas.
Isu tema trendi samada atas kesengajaan atau laporan paparan yang jujur berjaya membawa dimensi baru agar penontonnya bersikap kritis. Fikiran kritis menjadikan kita agar lebih sensetif mengadun rasa. Simpati dengan belas. Emosi dikenalli dengan jelas. Kritis menajam peka minda menghidu kecuaian kelesuan mengagih dan menagih keseimbangan. Kreatif kritis menyurat keperluan untuk berlaku adil menyingkap kecelaruan. Kritis tidak memudarkan kasih sayang ia mengukuh persefahaman membentuk persaudaraan atas kesediaan menimba pengalaman. Hubungan yang kukuh sahaja tanpa prasangka tanpa iri dan hasad menghormati hak memelihara nilai,keuntungannnya kembali kepada kita.
Puan,
Jika salah saya sedia belajar. Namun saya berpendirian media mesti bertanggungjawab bebas tidak tunduk pada pemilik atau cuba menjadi alat kepada penyebaran idea yang dipaksakan untuk dihadamkan oleh penonton. Atas konsep yang bagaimana tema yang perlu dijadikan fokus? Apa sahaja maklumat yang tersimpan ia umpama arus gelombang yang berupaya menjadi 'ribut' melanda minda dan jiwa.Apa yang sering disangsikan adalah media dengan isu-isu yang dirangka menurut keperluan massa memberikan ketakutab kepada keinginan meneroka sesuatu yang bersifat baru. Misalnya apakah masalah akan selesai jika pesalah yang tidak diadili secara terbuka, terus dijadikan banduan? Apakah dengan kuasa tanpa usaha berhubung,
membina suasana yang lebih sejahtera? Apakah diplomasi hanya untuk sesetengah bangsa atau demokrasi ditegakkan tanpa suara?
Masalah yang kerap terlupa adalah manusia tetap dengan sifat kemamanusiaannya...namun nilai indah itu dipaksa mundur kerana manusia tidak selalu sedia menerima teguran. Kritikan adalah baik dalam agama kita cuma istilahnya adalah tazkirah. Ia membuang ujub membina mulia akhlak pekerti yang ideal buat manusia sebagai pemimpin.
Puan,
Saya suka berbincang tidak semestinya semua ini benar.
Cuma ia mesti bersama sikap bertanggungjawab.

 

Post a Comment

<< Home