Pengarang Memarahi Pembaca
Salah satu perkara yang menyebabkan sesuatu buku itu tidak seronok dibaca adalah ayat-ayat yang mengandungi luahan dan curahan perasaan tidak puas hati si pengarang.
Ramai pengarang menulis buku disebabkan dia hendak menyuarakan perasaan tidak puas hatinya berkenaan banyak perkara. Motif inilah yang menyebabkan keluarnya ayat-ayat yang mengandungi kritikan terhadap perkara-perkara itu.
Ambil sebagai contoh, seorang ustaz nampak banyak orang tidak betul sembahyangnya. Jadi ustaz itu hendak mendorong pembacanya supaya sembahyang dengan cara yang betul, macam cara Nabi Muhammad bersembahyang.
Bukunya dimulakan dengan bab 1 di mana si ustaz menyenaraikan macam-macam kritikan terhadap cara orang bersembahyang, yang menurut pandangannya tidak betul, salah, dan batal. Ayat-ayatnya pula mengandungi kritikan, teguran dan marah-marah.
Salah satu ayatnya berbunyi, "..... sia-sia sahaja sembahnyang tunggang-tunggik kalau tidak ada tumakninah."
Tidak ada orang yang membeli buku disebabkan dia minta supaya dirinya dimarah-marahi! Walaupun penulis tidak secara direct memarahi pembacanya, tetapi kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar psikologi komunikasi interpersonal mendapati, orang yang mendengar orang mengkritik orang lain, dia berasa dirinya yang dipersalahkan!
Maksudnya begini: Katakanlah saudara sedang duduk menonton TV, tiba-tiba saudara mendengar isteri saudara merungut, "Kenapa surat khabar ini tidak dilipat baik-baik!" Walaupun isteri saudara tidak memarahi saudara, tetapi saudara berasa rungutannya itu ditujukan kepada saudara. Akibatnya saudara tidak seronok terhadap kata-katanya dan terhadap isteri saudara itu!
Begitu juga apabila isteri saudara memarahi anak-anak, sedangkan saudara ada di situ dan mendengar katan-katanya, saudara berasa saudara juga turut dimarahi oleh isteri saudara.
Baik, apabila dalam buku saudara itu saudara mengkritik orang-orang lain, pembaca saudara tetap berasa saudara memarahi dirinya. Akibatnya dia tidak seronok terhadap buku saudara dan terhadap diri saudara!

1 Komen :
Puan,
Fikiran manusia selalu bersimpang siur.Sebentar terang sebentar gelap
andai diam menyepi diri setiap yg di temui, arah jalan pasti tersesat tersasar menjadi lumrah berpaling semula memang biasa, cuma tidakkah ia membuang masa ?
Kini saat begitu mudah pertindihan perselisehan meretak membelah khilaf,jika bersalahan gaya & maksud kita dilaungi sergah.
Bagaimana perimbangan agama mahu di salaherti jika hanya menerusinya sahajalah jiwa yg suram kosong kembali bersinar.
Jirim pada sel saraf memampatkan jirim membentuk fizik sesuatu unit.
Tanpa roh tiada suara nyawa juga tiada...maka jika kekeliruan ini jelas di mata besar impak menular binasa apakah masih mahu ada penafian bahawa manusia mesti tunduk patuh pada percaturan sedangkan kita berupaya mengadakan berbagai pengubah suaian kerana 'bengkell & makmal' sentiasa ada radas.
Tertanya juga apakah radius radio aktif yang meradiokan hebahan siaran seiring mendidik selang seli irama berlagu di anggap radikal ?
Usah marah Puan saya bertanya sahaja.
Post a Comment
<< Home