Wednesday, August 30, 2006

Penambahan Susah

Apabila saudara menulis, ada dua jenis penambahan yang saudara perlu elak, yakni seboleh-bolehnya jangan digunakan.

(a) pe..........an

Contoh perkataan yang menggunakan penambahan pe.......an

pembangunan
pemantauan
perladangan
pelaksanaan

(b) ke..........an

Contoh perkataan yang menggunakan penambahan ke.........an

kemajuan
kehadiran
kemerdekaan
kemunduran

Gunakan perkataan jenis di bawah:

(a) kata akar seperti bangun, pantau, ladang, laksana, maju, hadir, merdeka, mundur

(b) gunakan penambahan:

me........kan
di........kan
ber.......

Penambahan pe........an dan ke........an mencipta apa yang disebut katanama abstrak. Perkataan jenis abstrak sukar difahami oleh pembaca yang tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Penambahan me........kan, di........kan dan ber....... mencipta apa yang disebut katakerja konkrit. Perkataan konkrit mudah difahami oleh kanak-kanak dan sesiapa sahaja.



.