Friday, August 25, 2006

Buku Tahan Gawat

Apabila saudara hendak hidup sepenuh masa sebagai penulis, salah satu perkara yang saudara perlu rancang adalah kategori buku-buku saudara.

Katakanlah saudara adalah penulis novel dewasa. Adakah saudara boleh hidup sepenuh masa daripada royalti 10 buah novel?

Pasaran novel dewasa tidak berapa kebal gawat ekonomi. Apabila berlaku gawat, pembaca dewasa mengurangkan jumlah pembelian novel disebabkan novel bukan bacaan wajib. Novel boleh tunggu, ia tidak basi. Kalau tidak dibeli sekarang, ia boleh dibeli kemudian.

Walau bagaimanapun, bahan-bahan bacaan untuk keperluan pendidikan anak-anak akan terus dibeli oleh ibu bapa. Itulah sebabnya buku-buku yang membantu pendidikan kanak-kanak adalah lebih tahan gawat. Buku-buku itu menjadi pelampung keselamatan saudara.

Isu buku tahan gawat adalah faktor mengapa PTS One ditubuhkan, iaitu bagi menerbitkan buku bacaan anak-anak dan remaja. Peranan PTS One adalah menjadi pelampung keselamatan kepada kumpulan PTS apabila tiba musim gawat.

Sebagai penulis novel dewasa, saudara perlu menulis karya kreatif lain seperti novel remaja, buku cerita kanak-kanak, buku cerita-cerita agama dan lain-lain. Semua buku itu menggunakan bakat yang sama, iaitu bakat menulis cerita.


.

1 Komen :

At 9:03 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan,

Saya sokong sangat pendapat puan ini. Kalau sudah biasa menulis novel dewasa, menulis buku cerita untuk kanak-kanak atau remaja merupakan kerja mudah. Kita perlu jadi remaja sahaja, dan fikir seperti remaja, agar citarasa remaja itu dapat kita turunkan dalam bahan pembacaan mereka.
Kalau ibunya suka membaca, mereka akan pastikan anak mereka juga mahu membaca.
Bila ibu membeli buku untuk diri sendiri, ibu itu akan beli juga buku untuk anaknya. Bila ibu tak cukup wang, untuk anak ibu akan terus beli, kerana baginya anak itu perlu terus membaca. Ibu tak baca, tak apa!

 

Post a Comment

<< Home