Tuesday, August 22, 2006

Jakim Serbu MPH

Minggu lalu, pada hari Jumaat, pegawai-pegawai JAKIM menyerbu MPH Taman Maluri, Kuala Lumpur, dan mengangkut 1 beg plastik buku-buku yang hendak diperiksa status halal haramnya.

Sehari sebelum itu JAKIM menyerbu MPH Mid-Valley dan mengangkut 2 beg plastik.

Yang diangkut oleh JAKIM adalah buku-buku yang bertemakan agama, termasuk buku terbitan PTS. JAKIM tidak pula mengangkut produk-produk selain buku agama, yang secara terang-terangan, di dalamnya mengandungi banyak imej-imej yang haram ditengok.

Alahai JAKIM! JAKIM!.....

.

10 Komen :

At 9:25 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Jakim mmg macam tuu..cepat melatah entah ape2..

 
At 10:12 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Nak buat guano, doh demo ni meme jahat do'oh, lebih jahat daripada oghe buke Isle.

Oghe Amerika hok kapir tu po tak rapah buku Isle denga tetu kalu lagu tu.

J.A.K.I.M.=J.A.H.A.T. !!!

->Gedebe Kelate (Isle Tule !!!)

 
At 10:47 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya rasa orang JAKIM punya fokus yang salah...betul kata puan ada banyak buku-buku terbitan asing yang mempunyai pengaruh 'paganism', 'black magic' dan unsur-unsur yang tidak sesuai dengan agama Islam dan budaya kita yang dijual dan mungkin secara tidak sengaja dibeli oleh pelanggan beragama islam terutamanya kanak-kanak dan remaja.Saya suka cadangkan agar kedai buku mengasingkan buku-buku yang ada unsur-unsur agama contohnya 'bible stories' di rak yang berlainan dan dinyatakan bahawa ini buku untuk penganut kristian dan sebagainya. Ini kerana kadangkala kanak-kanak berumur 5-7 tahun tidak faham bila kita nyatakan buku tersebut tidak sesuai untuk mereka kerana ada pengaruh kristian atau yahudi.

 
At 8:55 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya setuju dengan cadangan anonymous di atas. Buat macam pasar dan supermarket, makanan yang ada babi diletakkan di pojok lain, jadi orang Islam tak masuk ke situ.

 
At 1:33 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Assalamu'alaikum Puan,
Maaf, saya dari dulu lagi memang tak sealiran dengan JAKIM, dari pelbagai sudut, nampak dengan jelas, JAKIM serba kekurangan, kemunduran, dan "ke" yang negatif, dalam hal rampasan buku ini, lagi saya tak faham, kita sekarang berada di zaman IT, zaman SIBER, zaman teknologi TERKINI, kenapa tak siasat buku mana yang membawa ajaran SESAT, mana yang tidak ... jangan main "borong semacam je", lagi satu, setahu saya buku, novel yang ada gambar wanita yang beraksi mengghairahkan (adakah itu tidak termasuk dalam ajaran SESAT ?), itu yang sepatutnya jadi SASARAN UTAMA, kalau ada LELAKI yang tidak TERANGSANG NAFSU" bila melihat gambar sedemikian, memang LELAKI itu A.B.N.O.R.M.A.L (adakah pegawai JAKIM Tidak TERANGSANG nafsu ?, kenapa bahan bacaan ILMIAH pula yang jadi sassaran ?, atau adakah PTS menjadi SARANG pengeluaran bahan bacaan AJARAN SESAT (maaf, soalan ini agak kasar, tetapi sarcastic).

 
At 1:51 PM, Blogger Norman Berkata ...

Korang lupa bagi duit kopi bulanan ke?

 
At 5:38 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Malaysia kan sebuah negara yang menjaga produk luar seperti 'anak raja' dan produk sendiri macam anak tiri.

Bayangkan depa sanggup berbaris dari subuh sebab nak beli buku ahli sihir dongeng yang nyata entah apa-apa. Dan mengaku bila membacanya tergolong dalam kelompok elit :)

 
At 11:22 PM, Blogger rastom Berkata ...

ente kena faham, JAKIM itu lahirnya dari apa dan untuk siapa kerjanya. dari perut ibu yang sama jua lahir JAKUN, JAHIL, JUD & MAKJUD. Ibunya pula nyaring tempikkan "Merdeka!" tiap bulan Ogos, sedangkan namanya masih lagi termaktub dalam kanun negara dengan nama Inggeris. Macam cerita "Ibu Mertuaku", dia ada banyak wang dan berkuasa.Kalau dalam sukan tinju dia berada dalam Kelas Berat (heavyweight)habis lintang pukang para ibu muda yang berada dalam Kelas Bulu (featherweight) yang rata rata guna nama Melayu.Hanya satu cara untuk mengkantoikan hayat JAKIM - Ibu Mertuaku yang jahat mesti diajar sampai terguling guling di tanah kuburan.....ala kasemmmmm

 
At 8:26 AM, Blogger Norziati Mohd Rosman Berkata ...

Buku PTS pun kena angkut?
Mesti diorang nak tau kenapa buku agama PTS boleh meletup mengalahkan buku terbitan diorang sendiri. Nak buat kajianlah tu kot....kan diorang suka mengkaji.

P/S: Macam-macam hal. Nak buat baik sekarang ni, sikit punya susah. Memang betullah dunia nak kiamat!! Marahlah ni!!

 
At 11:20 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ambo setuju do'ah la apa hok Tuan Rastom kata tu.

Tuan Rastom, demo denga ambo ni satu alire la.

Gedebe Kelate (Isle Tulin)

 

Post a Comment

<< Home