Perkongsian Royalti
Apabila saudara berkongsi menulis 1 buku dengan dengan penulis-penulis lain, ada beberapa cara bagaimana royalti dibahagi-bahagikan:
(a) Semua penulis berpakat dan bersetuju formula pembahagian royalti mereka dan PTS ikut sahaja. Lazimnya penulis tidak selesa dengan cara ini sebab mereka malu hendak bercakap tentang duit dengan rakan penulis!
(b) PTS akan menilai sumbangan setiap penulis dan mencadangkan formula pembahagian royalti yang adil berdasarkan sumbangan masing-masing. Lazimnya inilah yang berlaku di PTS.
(c) PTS mencadangkan formula yang adil, tetapi ada penulis dengan rela hati memberikan lebih bahagiannya kepada rakan penulisnya. Katakanlah, PTS mencadangkan 50-50, tetapi penulis berasa dia cukup dengan 40 sahaja, maka diberikan tambahan 10 kepada rakannya.
Bilakah formula pembahagian itu ditetapkan?
Lazimnya formula itu ditetapkan selepas selesai kerja penulisan, sebab pada waktu itu barulah dapat diketahui senang susah sumbangan masing-masing penulis.
.

3 Komen :
ٍPuan, apakah piawaian menilai susah senang sumbangan setiap penulis itu?
Bagaimana dengan pruf terakhir manuskrip, adakah setiap pengarang diminta menyemaknya?
Terima kasih.
Assalamualaikum.
Puan, bagaimana pula dengan naskhah contoh untuk penulis bersama? Kalau ramai seperti cerita-cerita kontot, penulis tidak dapat naskhah itu, kena beli sendiri, ya?
Setiap buku adalah unik, jadi tidak boleh kita gunakan 1 formula piawaian untuk semua buku.
Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, itulah piawaian am yang digunakan.
Kes certot itu amat unik sebab ia melibatkan berpuluh2 penulis, kalau hendak tunggu semua penulis baca pruf, nanti lambat terbit, apatah lagi ramai penulisnya duduk di kampung. Tidak ada buku lain ditulis macam certot2 itu.
Bagi buku2 yang ditulis oleh 2, 3, atau 4 orang, (pensyarah universiti) ketuanya akan mengurus bagaimana pruf diserahkan kepada ahli kumpulan.
Tentang naskah percuma untuk pengarang, 10 naskhah disediakan, dibahagikan kepada setiap pengarang berdasarkan sumbangan pengarang. Kes certot itu pun amat unik, penulisnya lebih dari 10 orang.
Post a Comment
<< Home